Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, July 18, 2013



Bekas pengerusi sebuah cawangan DAP telah merujuk kepada penasihat undang-undang untuk memulakan proses tindakan terhadap The Star.

Beliau juga akan membuat laporan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri dalam minggu ini. Menurut Tan Tuan Tat, niat terselindung The Star sengaja memanipulasi kenyataannya wajib disiasat.

Laporan putar-belit oleh akhbar evangelis itu mempunyai kesan memburuk-burukkan BN.


The Scissorati strike again

Dial_M_Blog
Nah matilah engko, UMNO

Berikut ialah laporan di mukasurat 15 akhbar Utusan hari ini bertajuk ‘Tuan Tat dakwa artikel mengelirukan’.

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar harian bahasa Inggeris, The Star kerana didakwa menerbitkan artikel yang mengelirukan mengenainya.
Beliau berkata, perbuatan itu dilakukan menerusi artikel bertajuk ‘Don’t blame BN over booklet release’ yang disiarkan akhbar tersebut 15 Julai lalu.
Menurut Tuan Tat, wartawan The Star pada mulanya menghubungi beliau untuk mendapatkan komen tentang artikel yang disiarkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) bertajuk `Booklet on DAP polls irregularities surfaces’ pada 12 Julai lalu.
 Malangnya, dalam artikel tersebut, The Star telah menyunting semua rujukan yang dibuat terhadap artikel FMT dan menggambarkan seolah-olah saya memberi komen mengenai buku kecil yang ditulis oleh Father Augustus Chen itu.
Tindakan ini saya percaya disengajakan akhbar berkenaan untuk memberi gambaran seolah-olah saya mempunyai pengetahuan atau sebarang kaitan dengan penerbitan buku kecil berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, susulan penyiaran artikel terbabit, beberapa kenalan daripada DAP dan pakatan pembangkang menghubunginya dan menuduhnya sebagai pengkhianat.” — sumber: Utusan
***  ***  ***

MCA kini berkecimpung dalam suratkhabar pro-pembangkang The Christian Female pula.
Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai menulis sebuah kolum dalam akhbar The Malay Mail hari ini. The Malay Mail banyak menyiarkan rencana tulisan Malaysiakinikerana kedua-dua media ini mempunyai perjanjian untuk berkongsi sumber.

Dalam rencananya yang bertajuk ‘Change is the only constant‘, Liow berkata MCA berjanji akan mentransformasi.

Daripada media Gunting Dalam Lipatan, sekarang MCA tanpa berselindung lagi sudah ‘UBAH’ kepada bersekongkol dengan media yang terang-terang pro-pembangkang.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.