Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 17, 2013

#Selangorku #Hebat : Konsert Gelek Wanita Seksi Waktu Solat Terawih



Shah Alam – Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.

Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.

Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.

Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.

Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan. –HARIAN METRO

Baca seterusnya :  di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.