Hebat
di Internet kononnya pengacara Malaysia Hari Ini, ALLY ISKANDAR
dikatakan melemparkan tuduhan 'diktator' kepada Presiden Mesir yang
digulingkan. Namun menariknya dengan tidak mendengar secara jelas apa
yang diungkap oleh ALLY ISKANDAR, sebaliknya video berkenaan hanya
bermula dari perkataan ini;"Dilakukan
ketika proses pilihan raya semasa dan juga perlu demokrasi juga bukan
lepas tu lepas tu lepas dilantik terus jadi diktator balik ........".
Tanpa
melihat video penuh, maka menjeritlah seluruh puak-puak
pembangkang lalu melemparkan pelbagai cacian dan makian kepada
pengacara berkenaan. Video diatas merupakan video
yang dirujuk oleh Pembangkang bagi
'membuktikan' bahawa ALLY ISKANDAR telah membuat gelaran 'Diktator'
kepada Presiden Mesir berkenaan. Dibawah ini merupakan video penuh
apa yang disebutkan oleh ALLY ISKANDAR;
Apa
yang disebutkan ALLY ISKANDAR dalam video ke 2? Dalam video ke 2 ini
apa yang diucapkan oleh beliau ialah; "Ada
pihak pula ditemubual yang disiarkan di berita mengatakan bahawa
memang pelantikan Morsi secara demokratik tetapi apabila memegang
tampuk kuasa dia jadi diktator, itu yang mereka tidak suka. Maknanya
kalau amalan demokrasi dilakukan ketika proses pilihan raya semasa
dan juga perlu demokrasi juga bukan lepas tu lepas tu lepas dilantik
terus jadi diktator balik ........". Jadi
pastinya ada 2 konotasi yang jelas berbeza maksud. Video yang dimuat
naik pembangkang dilihat hanya tersekat pada perkataan
'Diktator' sahaja, sedangkan video penuh terdapat penjelasan dari
mana perkataan itu disebutkan.
Yang jelas, tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah satu FITNAH bagi mengajak dan menghasut rakyat untuk membenci pihak-pihak yang dilihat tidak sebulu dengan pendirian mereka. Melihat apa yang berlaku ini, membuatkan kami teringat dengan fitnah ketika hari pengundian PRU13 yang lalu, dimana tersebar dengan meluasnya cerita-cerita palsu yang kononnya 40 ribu Bangla telah mendarat di KLIA dari Sabah dan Sarawak, Blackout di Gelang Patah, dan pelbagai lagi, yang nyata sehingga hari ini mereka GAGAL membawa bukti yang jelas dari cerita-cerita palsu berkenaan.
Melihat video diatas juga memperingatkan kami mengenai video dibawah ini.

Kesimpulannya,
janganlah mudah membuat kesimpulan tanpa merujuk keseluruhan video
berkenaan. Dan janganlah menyebarkan fitnah tanpa kalian membuat
penyelidikkan diatas sesuatu 'cerita' yang disampaikan oleh sang
Munafiq. Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Surah Al-Hujurat ayat 6

Baca seterusnya Di sini
No comments :
Post a Comment