Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, July 11, 2013

Taukeh Kaya Calon PAS DUN Kuala Besut ?

Seorang kontrektor yang lebih dikenali sebagai Che Long disebut-sebut sebagai calon pilihan pertama Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Che Long atau nama sebenarnya, Enduk @ Azlan Jusoh merupakan Bendahari Pas Besut juga dikenali sebagai taukeh kaya di kawasan itu.
Selain itu, nama seorang lagi taukeh, Zakaria Harun juga turut disebut-sebut.
Zakaria merupakan seorang taukeh ikan di Kuala Besut.
Nama Nik Muhammad Zawawi Salleh juga turut disebut, namun nama beliau dimasukkan dalam pilihan terakhir kerana telah dua penggal beliau bertanding dan tewas di DUN itu.
Nik Zawawi pernah memenangi DUN Kuala Besut pada PRU 1999, namun, selepas itu, beliau telah tewas kepada calon BN, Abdullah Che Muda pada PRU 2004 dan Dr A. Rahman Mokhtar pada PRU 2008.
Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pada PRU ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.