Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, July 16, 2013

Kenapa Alvin dan Vivian boleh berani menjolok sarang tebuan?

Berikut ialah satu tweet semalam oleh DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang.

TwitterimokmanMarzukiMohamad dia bukan ... 2013-07-13 08-38-03

Ong Kian Ming (imokman) on Twitter 2013-07-13 08-40-00

alvinn

Selain menhiasi muka depan The Star, Vivian Lee telah menjadi tajuk dan topik perbincangan dalam sejumlah 17 buah rencana The Star sepanjang hari minggu 19-21 Okt 2012 — lihat catatan Malaysia Factbook, (screenshot bawah):
The Star newspaper carried 17 stories of the sex blog couple Alvin Tan and Vivian Lee over the long weekend alone.”
http://malaysiafactbook.com/Vivian_Lee

Menenggelami perhimpunan agung MCA

Seks bloggers ghairah dibincangkan oleh akhbar milik MCA itu sewaktu parti tersebut mengadakan perhimpunan agungnya.

Akhbar The J-Star menyiarkan satu-setengah dozen rencana tentang Alvin dan Vivian serentak dengan perhimpunan agung MCA sepanjang hari minggu dari Jumaat sampai Ahad.
Bagi pengarang Scissorati, mungkin sememangnya pasangan seks blogger tersebut sengaja mahu dinampakkan gaya Dr Chua.

Tweet Ong Kian Ming kelmarin pun menyebut bahawa Alvin Tan bukan seorang penyokong Pakatan tetapi sebaliknya menyanjung Chua Soi Lek sebagai heronya.

    Vivian menyokong MCA
Vivian menyokong MCA

Siapa audien sasaran Alvin dan Vivian? Hint: ‘DAP’s biggest social media network is The Star

Poster ‘Buka puasa dengan Bah Kut Teh’ dimuatnaik oleh Alvin dan Vivian ke Facebook.

Media arus perdana yang paling ke depan sekali berkecimpung dalam media sosial ialah The J-Star.


Minat The J-Star

Apa yang terlintas di benak fikiran Alvin dan Vivian?

Apabila dihubungi oleh The Star Online melalui telefon untuk ditanya pandangannya tentang reaksi panas orangramai, Alvin berkata:
Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana [khalayak umum] menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.”
Alvin seolah-olah sedikit hairan kenapa “tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama” sepertinya dan Vivian.

Dia terlupa bahawa Malaysia mempunyai 60 peratus penganut Muslim.

Adakah dunia dan pemahaman Alvin terbendung hanya kepada media dan sosial Jerusubang? Kalau jawapannya ‘Ya’, maka patutlah dia berpendapat bahawa orang lain adalah sealiran kerana sudah lama dipupuk pemikiran yang sebegitu.

Tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama” merujuk kepada orang Melayu yang merasa tersinggung.

Jadi orang yang “mempunyai pemikiran yang sama” dengan Alvin dan Vivian pula merujuk kepada siapa? Pastinya bukan si pembaca Utusan.

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.