HUKUM
baru pembangkang zaman ini, dibolehkan menuduh tanpa tunjuk
bukti. Begitulah kisahnya dalam banyak kes
membabitkan pelbagai dakwaan pembangkang terhadap kerajaan
seperti pengundi hantu bangla 40k, pembunuhan Altantunya
melibatkan Perdana Menteri, Blackout dan
sebagainya, semuanya dilempar macam itu sahaja, tanpa ada bukti.
Bercakap
tentang Blackout, perhimpunan pada 22 Jun terpaksa diubah kepada
Black 505 sahaja kerana jentera propaganda pembangkang dapati isu
tersebut tidak dipercayai sesiapa. Hanya segelintir yang memaksa diri
untuk percaya perkara tersebut kerana terdesak mencari alasan untuk
menentang kerajaan dan menyokong pembangkang.
Pun
begitu, tak pulak penulis lihat ada sesiapa yang kelam
kabut menuduh pembangkang menipu walaupun jelas
memang mereka menipu, atau paling tidak meminta dihadapkan
ke jawatankuasa Parlimen dan sebagainya.
Justeru penulis tidak nampak kenapa pembangkang perlu bising-bising meminta dibuktikan kewujudanakaun luar negara bernilai ratusan juta dollar
yang didakwa dimiliki Anwar Ibrahim. Kita ikut
hukum Anwar sudah, siapa kena tuduh, dia yang kena tunjuk bukti.
Begitulah.
Tapi
satu yang penting, bila Anwar gelabah,
itu maksud memang ada betulnya dakwaan tersebut.
Percayalah, penulis sudah perhati gelagat Anwar sejak dia masuk jel lagi pada tahun 1998,memang itulah modus operandinya setiap masa.
Walaupun begitu, tanpa kita sedar, Anwar tak pernah kata yang akaun-akaun tersebut tidak wujud!!
Yang dia sebut ialah dakwaan Ahli Parlimen Simpang
Renggam bahawa maklumat mengenai akaun tersebut datang
dari Wikileaks tidak benar.
Tak
percaya, perhati baik-baik kenyataan Anwar yang penulis petik
dari mStar online:-
Anwar Ibrahim menafikan maklumat yang mendakwa beliau memiliki 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta) diperoleh daripada laman web Wikileaks.
sumber:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703151817&sec=mstar_berita
Seperti mana biasa, perenggan lain dibawah kenyataannya itu memberi gambaran bahawa Simpang
Renggam menipu, blogUMNO menipu dan sebagai tapi dia sendiritak pernah sebut bahawa akaun tersebut tidak wujud.
Inilah
pun pendekatan biasa yang Anwar guna, dia tidak akan
jawab secara terus, dia biarkan persepsi menjawab
untuk dia. Penyokong dia saja yang mati-mati
percaya semua akaun itu tidak ada,
hakikatnya Anwar tak pernah nafi pun kewujudan semua
akaun-akaun tersebut.
Anyway,
Anwar jangan ingat kita bodoh sangat.
Ambil
contoh akaun bank di Israel, pasport Malaysia
bukan boleh digunakan dalam negara tersebut, jadi
kalau dibenarkan masuk pun ialah dengan surat perjalanan yang
diluluskan kerajaan negara itu.
Logiklah
kalau ’nombor pasport’ dalam pendedahan
tersebut tidak sama dengan nombor pasportnya.
Ini
baru ’hint’ yang pertama, ada banyak lagi, cuma
tunggu bila Anwar nak nafi saja yang
dia memang ada banyak duit,
dalam dan luar negara kita tak peduli,
janji memang dia banyak duit. Persoalan selepas
itu, mana dia dapat duit itu semua?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment