Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, July 14, 2013

MELAYU TAK WUJUD DI DUNIA - PROFESSOR SINGAPURA


Kaum Cina di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang kronik apabila tidak mampu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penduduk asal di sini. Berbagai-bagai percubaan dilakukan mereka untuk menafikan sejarah, hatta kewujudan bangsa Melayu di muka bumi. Semuanya berpunca dari dendam kesumat dan sifat rasis tegar yang enggan menjadi ‘nombor 2’ dalam meletakkan hak ke atas bumi sebelah sini.

Tidak cukup dengan Cina Malaysia yang tidak jemu-jemu mencuba untuk mengubah sejarah, kini Cina Singapura pula menulis buku konon Melayu tidak pernah wujud. Buku tersebut yang bertajuk ‘Contesting Malayness’ dengan sendirinya membuktikan masalah psikologi penulisnya yang ingin mencabar kewujudan Melayu. Apa yang didapati ialah, buku tersebut dihasilkan berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya kita pasti hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulisnya sendiri. 



Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistic (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Wan Hashim Wan Teh. Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan.  Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal. 


Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Professor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia.

Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam.

Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masehi. Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik.


Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut: 

“It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos.”

Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar. Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar. 





Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka. Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulukala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah. Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu.

Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini. 




Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu ‘Pantai ini’ dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ. Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar.

Nampaknya, Hujah Professor Singapura jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah.   





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.