Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 31, 2013

MOTIF SEBENAR PEMBUNUHAN HUSSAIN AHMAD NAJADI, PENGASAS AMBANK GROUP

Sebelum ini Lim Guan Eng DAP telah dibidas teruk dek artikel dangkal beliau tentang isu komunis dan filem The New Village. BACA SINI





Tak serik dengan artikel yang dibidas teruk itu, anak Kit Siang itu sekali lagi mengeluarkan artikel serkap jarang dan sudah tentu mengutuk pihak berkuasa dan kerajaan BN. Padahal diri beliau dan parti DAP itu sendiri sangat teruk dan penuh dengan penipuan seperti yang didedahkan di dalam The Equity Report oleh Agustus Chen BACA SINI


Artikel terbaru Guan Eng ialah mengenai kes pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi. Di antaranya :

Previously the police had blamed the abolition of the Emergency Ordinance that permitted many gangsters to be released for the proliferation of gangland murders and rising crime.
The police can no longer blame the abolition of the Emergency Ordinance on the murder of Hussain as he is no criminal but a respected international banker. more

Kenapa Lim Guan Eng begitu cepat dan tergesa-gesa mahu menafikan percambahan gangster, pembunuhan gangland dan peningkatan jenayah disebabkan oleh pemansuhan ISA?

Dan hanya kerana satu kes yang melibatkan Hussain Ahmad Najadi, maka pihak polis tidak boleh lagi menyalahkan peansuhan ISA?

Persoalan besar sekarang, walau pun Hussain bukan penjenayah tetapi bagaimana Setiausaha Agung DAP itu tahu bahawa pembunuh dan komplot pembunuhan itu tidak melibatkan gangster atau kumpulan penjenayah? Atau, Guan Eng DAP mahu membela kumpulan-kumpulan tersebut?

Sila baca motif pembunuhan Hussain Ahmad Najadi dan selepas ini, berani lagikah Lim Guan Eng DAP untuk menyentuh isu ini kerana ianya melibatkan bangsa Cina?

Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.


 

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu. “Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya. Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa. Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian. Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger.





 Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. "Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.- 
          drmim

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.