Kita
tidak terkejut jika Pakatan Rakyat dan ‘kuncu-kuncunya’ ingin
terus memainkan isu scorpene dan Altantuya
walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka. Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.
walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka. Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.
Tetapi
kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk
terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.
Inilah
yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan ‘Majlis
Buka Puasa dan Makan Malam’ dengan tema Ops Scorpene. Iklan majlis
ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai
2013 di Dewan Sivik, PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan
tiket. Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang
ingin menderma. Antara ‘acara’ menarik ialah ‘penampilan khas
saksi kes scorpene’.
Isu
scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR
semata-mata. Ia tidak pernah menjadi ‘kes’ di mahkamah Perancis
kerana telah ditolak atas alasan tiada asas, sejak dari awal lagi.
Oleh itu, menyebutnya sebagai ‘kes’ juga merupakan satu penipuan.
Pihak
Perancis termasuk Kementerian Luar, polis dan juga mahkamah negara
tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya
ke Perancais, mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene.
Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM
untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Motif
ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana
beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai
isu yang sama bagi menjatuhkan Dato’ Seri Najib.
Walaupun
PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat
tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia
mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah.
Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan ‘dengar cakap’
serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati. Ini
membuktikan semua ‘saksi’ yang disebut tidak punya kredibiliti.
Oleh
itu, bagi SUARAM untuk menampilkan lagi ‘saksi’ dalam Majlis
Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan
memualkan. Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku
diupah, maka mana datangnya lagi ‘saksi’ lain? Tidak cukupkah
SUARAM dikantoikan oleh ‘saksi’ yang dikatakan mereka telah
disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil
menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana
pihak?
Kita
hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel, Teng Chang Khim dan
Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM. Apakah mereka ini
memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu
berpuluh kali juga masih ingin terus menipu? Atau apakah mereka
sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi
kedudukan kewangan mereka?
Seperti
yang kita tahu, SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang
menerima dana dari rangkaian George Soros. Dan kita juga tahu bahawa
tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan
penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai ‘derma’
orang ramai.
Kerana
itulah, SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.
Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti
memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang
dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk
membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan
segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.
Apa
yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas
nama Ramadhan. Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja
akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang
menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM. Bayangkan,
bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk ‘pertukaran
rejim’ telah dengan biadapnya menggunakan nama ‘Ramadhan’ dalam
usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment