Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, July 9, 2013

Perkara 12 (4): Agenda Tersirat DAP Makin Ketara


karpal_anjing


DARI dulu pun penulis tidak pernah menganggap Malaysia ada masalah perkauman.  Ya, kita akui perkauman memang ada ‘saham’ seperti dalam kejadian 13 Mei 1969, tapi perkara itu lebih kepada dalam skopnya tersendiri.

Maksud penulis, dia sama macam orang bergaduh dan berbunuh kerana politik umpamanya, dan hal-hal lain juga.

Tapi masalah teras yang boleh menjadi ibu kepada segala kekacauan yang bakal timbul di negara ini ialah masalah agama.  Sementara ramai melihat kepelbagaian agama, kaum dan budaya di negara ini sebagai unik, dalam masa yang sama ia ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa kalau tidak dikendalikan dengan baik.

Bom jangka inilah yang sedang cuba ‘diletupkan’ oleh DAP apabila Pengerusinya Karpal Singh mencadang untuk meminda perlembagaan persekutuan Perkara 12(4) berhubung status agama kanak-kanak dibawah umur 18 tahun.

Apabila dibangkitkan hal ini, DAP dan pembangkang amnya seolah-olah mahu ulang semula apa yang berlaku di Singapura lebih 60 tahun dulu dalam isu Natrah, juga dalam skop yang sama iaitu membabitkan penentuan agama kanak-kanak yang dibela keluarga angkat Melayu sebelum diambil semula oleh keluarga asalnya dari Belanda.

Penulis rasa semua boleh rujuk Wikipedia dan buku-buku sejarah sedia ada untuk maklumat lebih lanjut.
Yang penting untuk semua orang tahu, kekacauan yang berlaku dari peristiwa tersebut telah menyebabkan Singapura bertukar dari sebuah negeri yang relatifnya negeri Melayu, kepada Singapura sekarang - 60% cina, orang Melayu tinggal 15% dan orang Melayu juga tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam angkatan tentera negara tersebut, termasuk menjadi juruterbang sekalipun.

Perkara ini memang logik kerana DAP dari dulu memang berimpian untuk ‘meng-Singapurakan’ negara ini.  Malah kejayaan PAP serta Lee Kuan Yew mengusir orang Melayu secara sistematik dari negara pulau tersebut dianggap sebagai matlamat agung DAP yang perlu dicapai oleh siapa pun yang memimpin parti tersebut.

Kebimbangan ini berasas kerana kita tidak faham kenapa DAP sibuk nak pinda perlembagaan bila DAP tidak ada majoriti 2/3 di Parlimen pun!!

Mereka hanya ada 38 kerusi, malah kalau semua parti-parti pembangkang menyokong cadangan Karpal itu, mereka hanya ada 89 kerusi - lebih satu dari jumlah kerusi UMNO (sahaja) dalam BN iaitu 88 kerusi, macam mana nak menang?

Penulis tak pastilah kalau parti tercorot dalam pakatan pembangkang, PAS nak menyokong cadangan tersebut. Dah namanya tercorot, sokong atau tidak sokong bukan ada kesan besar sangat.

Tapi penulis pasti PKR akan sokong tanpa fikir apa pun.  Telur Anwar Ibrahim, kedua-duanya dipegang Karpal, mustahil ahli-ahli Parlimen PKR (termasuk beragama Islam) akan membangkang isu tersebut kalau ia dibahaskan nanti.

Jadi penulis melihat cadangan Karpal ini sebagai bahaya kepada keamanan dan kestabilan rakyat negara ini.  Bahaya bila parti dengan hanya 38 kerusi parlimen dari 222 kerusi parlimen, diberi terlalu banyak ruang untuk sentuh benda-benda sensitif tak kala dia tak layak untuk sentuh perkara itu pun!!

Pihak-pihak berkenaan sila ambil tindakan.




Baca seterusnya :di sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.