Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, July 5, 2013

Profesor Perlu Buat “Homework” Sebelum Bercerita Tentang Dunia Siber

prof 1

Saya bukan seorang profesor. Profesor Madya pun bukan. Ijazah kedoktoran pun saya tak miliki. Cuma mungkin saya akan berusaha ke arah mendapatkan ilmu sehingga ke tahap tersebut sehingga ajal menjemput saya pulang ke rahmatullah…

Namun saya sangat tertarik dengan ulasan seorang profesor dari UKM, Profesor Dr Samsudin Rahim yang dijemput menjadi panel sebuah forum yang dianjurkan di UiTM baru-baru ini.

Katanya, jika DAP memiliki “Red Bean Army”, apa kurangnya dengan BN yang mempunyai cybertroopers di alam internet. Dari sudut kata-katanya itu, mungkin beliau seolah-olah cuba menyamakan Red Bean Army dengan pejuang-pejuang maya pro-UMNO/BN.

Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera)yang namanya tak didedah. Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah. Sesiapa sahaja yang dapat ‘sampai’, tepat ‘bunuh’ orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang,” – Profesor Dr Samsudin Rahim.

Saya sebenarnya tertanya-tanya, siapa yang menjemput profesor itu ke majlis forum berkenaan kerana kenyataannya itu pada saya tidak tepat sama sekali. Kenyataan itu bukan saja tidak layak dilabelkan sebagai “separuh masak”, malah sebenarnya “langsung tak masak”!

Maaflah profesor sekiranya penulisan ini menyinggung daya intelek seorang profesor. Namun saya fikir profesor perlu membuat “homework” sebelum hadir ke majlis forum berkenaan.

Nampaknya profesor tidak kenal dan tidak mengikuti perkembangan dunia siber, tapi cuba menggagahkan diri untuk bercakap mengenai Red Bean Army dan pejuang-pejuang maya pro-UMNO/BN di negara ini.


prof


Tidakkah profesor tahu tentang kepakaran Red Bean Army mencipta fitnah, persepsi negatif dan menyemai pengaruh yang mampu mencemar keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara ini?

Tidakkah profesor mengulangkaji isu mengenai bagaimana video “blackout” yang dipercayai dikeluarkan Red Bean Army kira-kira setengah jam selepas Perdana Menteri mengumumkan kemenangan BN di peringkat pusat?

Saya kira, itu hanya di antara contoh corak permainan Red Bean Army yang perlu profesor tahu. Itu belum lagi disebut mengenai dakwaan propaganda mereka mengenai 40,000 pengundi Bangla yang kononnya diimport masuk untuk mengundi BN!

Sebenarnya banyak lagi fitnah, tohmahan, gerakan propaganda berbau jijik dan persepsi buruk yang tidak benar telah menjadi mainan Red Bean Army untuk dihidangkan pada rakyat negara ini. Mungkin professor sendiri termakan propaganda Red Bean Army itu secara tidak disedari?

Tapi para pejuang maya pro-UMNO/BN tidak begitu sifatnya, profesor. Boleh dikatakan hampir semua dari kalangan kami yang tidak mengamalkan propaganda fitnah jahat, permainan kotor mahupun gerakan yang mampu menimbulkan kesan negatif pada masyarakat.

Mungkin ada segelintir di kalangan kami yang cuba meniru gaya Red Bean Army itu. Tapi mereka tidak berjaya dan “kantoi”. Kenapa? Kerana kami para pejuang pro-UMNO/BN memang tidak pandai menipu atau menfitnah seperti Red Bean Army. It’s not our nature…

Memang benar kata profesor, siapa yang bijak dan tepat “tembakan”nya, maka mereka akan menang. Malangnya, Red Bean Army memang sentiasa bijak mencipta fitnah dan kerana kepakaran itulah maka “tembakan” mereka itu selalunya dipercayai ramai dan mencipta sifat negatif rakyat terhadap BN.

Saya akui, para pejuang maya UMNO/BN tidak bijak untuk membuat fitnah. Tapi apakah kerana tidak pandai memfitnah itu maka para pejuan UMNO/BN layak dilabelkan merbahaya dan perlu dikekang sebagaimana Red Bean Army?

Justeru itu, sebab itulah Red Bean Army perlu segera disiasat dan dikekang dari terus mencetus ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. Sudah lebih lima tahun mereka membuat onar, takkanlah kita hanya berdiam diri membiarkan mereka menghancurkan Malaysia sewenang-wenangnya?

Maafkan saya sekali lagi sekiranya penulisan ini menyanggah kehebatan pemikiran intelek profesor. Namun pada saya, profesor perlu dapatkan fakta-fakta jelas dari mereka yang sudah bertahun-tahun berada di alam dunia siber. Harap maklum…



Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.