Baru-baru
ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino telah
mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong tuntutan penganut Kristian
di Malaysia supaya kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai dalam kitab
Bible.
Kenyataan
kontroversinya itu nyata mendapat sokongan sesetengah penganut
Kristian khususnya di dunia maya untuk fokus pada tuntutan yang sama
tapi tanpa disedarinya ia telah mengundang bantahan umat Islam dari
seluruh negara.
Gara-gara
keceluparan dan kegagalannya memahami sensitiviti majoriti rakyat
negara ini yang terdiri dari kalangan umat Islam, akibatnya isu
kalimah Allah S.W.T yang pernah dicetuskan oleh Gereja Kristian dan
DAP kembali hangat diperkatakan.
Menyedari
timbulnya banyak bantahan besar-besaran dari pelbagai lapisan
masyarakat Islam termasuklah NGO-NGO, barulah Biskop Marino mengakui
kesilapannya dan mengambil langkah susulan memohon maaf dalam
perjumpaannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Tindakannya
meminta maaf atas keterlanjuran itu boleh dikira baik untuk meredakan
keaadaan disamping mencegah kemarahan masyarakat Islam dari terus
meluap-luap, tapi apa gunanya lagi setelah nasi menjadi bubur?
Perlu
ada jaminan dari Biskop Marino mahu pun pihak lain yang mewakili
penganut Kristian untuk bertekad tidak akan mengulangi lagi tuntutan
yang sama, jika itu dapat dilakukan nescaya ia memberi kelegaan
kepada semua pihak.
Dalam
pada itu, sepanjang kekalutan isu ini berlangsung sehinggalah Biskop
terbabit meminta maaf, peliknya langsung tak kedengaran sebarang
kenyataan bantahan pucuk pimpinan PAS seolah-olah pada mereka
kontroversi yang dicetuskan oleh Duta Vatican City itu perkara biasa.
Barangkali
kerana isu kalimah Allah S.W.T turut melibatkan tuntutan yang
diperjuangkan oleh rakan sekedudukannya iaitu DAP, maka sebab itulah
PAS mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa membicarakan isu
lain bagi mengalih perhatian ramai.
Bila
diingatkan kembali sikap flip-flop PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T
maka fahamlah kita tiada peliknya bila mana PAS menjadi kura-kura
yang menyorokkan mukanya kerana PAS selaku sebahagian dari PR pernah
bersetuju sebulat suara untuk membenarkan kesucian kalimah Allah
S.W.T tergadai dalam kitab Bible.
Malah
ramai antara kita pastinya tidak lupa bila mana Mursyidul Am PAS, Nik
Aziz Nik Mat sendiri pernah beriya-iya menyokongnya dan tanpa segan
silu menyifatkan isu kalimah Allah S.W.T untuk kegunaan bukan Islam
(Kristian) adalah seumpama satu bentuk dakwah.
Dari
konteks tersebut, jelaslah wujud keselarian pemikiran antara PAS dan
Vatican City, walau pimpinan masing-masing berbeza anutan agamanya
tapi kedua-duanya seia sekata berkongsi pemikiran yang sama dalam
menyokong tuntutan DAP dan Gereja Kristian dalam isu ini.
Jika
andaian ini tersasar, bukankah sewajarnya PAS secara terbuka
mengisytiharkan menolak keputusan bersama PR berhubung kalimah Allah
S.W.T?
No comments :
Post a Comment