DAP
telah membentuk “tentera” nyata untuk memastikan tindakan
menghasut dan menabur fitnah jahat terhadap kerajaan berjalan secara
menyeluruh. Sebelum ini Red Bean Army yang merupakan tentera
siber yang dikatakan upahan DAP menghasut rakyat melalui
pelbagai siri pembohongan dan fitnah menerusi laman-laman sosial dan
internet.
“Tentera”
nyata mereka pula diletakkan di kawasan pusat-pusat membeli belah
yang dikuasai oleh kaum mereka. Setiap “tentera” telah dilatih
dengan secukupnya untuk “attack” mangsa terutama di spa, urut
reflexology dan salon. Mereka akan kenal pasti mangsa dari latar
belakang mangsa kemudian jarum-jarum hasutan akan mula ditanamkan
kepada mangsa untuk membenci kerajaan dengan ayat “tunggu election
akan datang”.
Kita
harus sedar , berjaga-jaga dan bertindak dengan pantas kerana DAP
sudah mula bekerja untuk Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.
Dengan motto untuk menukar kerajaan yang kononnya terlalu zalim maka
mereka menghasut dan mempengaruhi rakyat untuk memberontak. Ini
merupakan modus operandi yang cukup merbahaya dan mampu menggugat
keamanan Negara.
Sekiranya
mangsa merupakan seorang suri rumah maka mereka dihasut untuk
menuntut elaun bulanan dari kerajaan kerana bekerja menjaga anak-anak
yang merupakan asset Negara. Mereka dihasut untuk berjumpa
dengan Datuk Seri Najib untuk membuat tuntutan walaupun ianya tidak
munasabah. Maka pihak yang bertanggungjawab harus bersedia
menerima asakan dari golongan surirumah yang sudah termakan dengan
hasutan mereka.
Isu-isu
yang menjadi topik hangat yang digunakan oleh “tentera” nyata
mereka adalah
- Murtad – mereka akan minta pandangan mangsa akan isu murtad dan membandingkannya dengan Negara Indonesia yang membolehkan aktiviti murtad berjalan dengan mudah. Begitu juga dengan Aljerbaijan yang boleh menukar agama sesuka hati.
- Arak- mereka bandingkan dengan puak Nigeria yang beragama Islam yang telah memberi kenyataan bahawa Islam di Negara mereka bebas untuk meminum arak.
- Kedatangan Islam ke Tanah Melayu – mereka menggunakan Wikipedia yang kononnya Islam di Malaysia telah dibawa oleh Cina.
- Bahasa Mandarin- mereka dengan angkuhnya menuntut semua rakyat Malaysia harus belajar bahasa Cina dan tulisan Cina kerana kononnya ia merupakan bahasa antarabangsa bukannya bahasa Malaysia.
- Tudung- mereka cuba memperlekehkan pemakaian tudung dalam Islam
- Hudud – mereka menuduh Islam sebagai jahat dan tidak adil kerana kononnya sesuka hati memotong tangan pencuri.
- Raja Wajib Dihapuskan- mereka bersandarkan kepada sikap maharaja Cina yang bunuh, pancung rakyat sesuka hati
Semua
“tentera” mereka telah dibekalkan dengan maklumat di atas untuk
menghasut rakyat. Oleh itu pihak yang bertanggungjawab harus lebih
peka akan isu ini dan bertindak dengan lebih pro aktif untuk
memastikan agenda hasutan “one to one” secara berterusan ini
tidak menjadi duri dalam daging dan bom jangka yang bakal memusnahkan
Negara.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment