Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, July 28, 2013

Filem The New Village Mengangkat Komunis Sebagai Pejuang Kemerdekaan?

WP_000484

Tiba-tiba sahaja muncul kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit. Kontroversi ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara.

Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini jelas 

Pengarah Filem mempunyai niat mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.

The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat. 
Klasifikasi: NAGenre: SejarahTarikh Tayangan: 22 Ogos 2013Bahasa: MandarinPengedar: GSC MOVIESPengarah: Wong Kew-LitPelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui MeiTrailler: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2012.8286.newvillage1949.15490&section=trailer
Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.

Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian.
Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Malangnya, filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai kepada filem ini.  Ini filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.

Sejarah Kampung Baru

Mengikut sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan.

Ada antara orang Cina ini merupakan simpati kepada perjuangan komunis atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis kerana takut diseksa dan dibunuh.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Ini merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.
Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan laluan masuk dan keluar utama.

Dari segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90 peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.