Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, July 14, 2013

AMEKKAU!! Mahkamah Buktikan PAS Memang Pengamal Fitnah!!


Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berjaya dalam samannya terhadap Ahli Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah beliau dalam satu sidang media pada Februari 2012.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas berpuas hati Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor, dibuat dengan niat jahat.

Dalam penghakimannya, Yaacob berkata dalam kes itu, mahkamah perlu melihat sama ada sidang media Khalid bertujuan menjawab dakwaan Hasan terhadap beliau berhubung isu 'parasit'.

"Setelah menimbang keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati defendan telah melebihi atau melangkaui daripada hanya mengadakan sidang media bagi tujuan mempertahankan diri tetapi telah menjangkau kepada isu yang tiada kaitan dengan perkara yang dituduh oleh plaintif, iaitu tentang isu parasit.

"Kenyataan defendan melebihi komen yang adil dan defendan tidak boleh dilindungi di bawah perlindungan bersyarat," katanya.

Yaacob menetapkan 27 November ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung jumlah gantirugi dan kos.

Penyataan tuntutan Hasan, yang difail pada 12 April tahun lepas, mendakwa Khalid telah menuturkan perkataan bersifat fitnah terhadap beliau dalam sidang media bertarikh 24 Februari 2012.

Beliau berkata lanjutan sidang media itu, Khalid menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan fitnah berkenaan dalam bentuk artikel bertajuk 'Video: Siapa Taja Hasan Ali' di laman blog defendan di http://www.khalidsamad.com.

Plaintif juga mendakwa wartawan yang hadir melaporkan kenyataan Khalid dalam portal berita atas talian, antaranya, laman sesawang 'mstar' melalui artikel bertajuk 'Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga & SYABAS Taja Jati' dan laman sesawang 'Malaysiakini' dengan artikel 'PAS asks Hasan Ali: Who's funding you?'.

Hasan berkata penerbitan kenyataan itu mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk terhadap reputasi, imej dan nama baiknya selain merendahkan martabat beliau di mata anggota masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menuntut gantirugi am, teladan dan teruk selain perintah injunksi menghalang Khalid daripada terus menerbit atau menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan, faedah pada kadar lapan peratus, kos serta relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Pembelaan Khalid, antara lain, mendakwa selepas dipecat oleh PAS dan sebelum sidang media berkenaan, Hasan telah mengadakan ceramah jerayawara di seluruh negara, dan dalam ceramah itu, plaintif antara lain menyerang PAS serta beliau dengan pelbagai tuduhan seperti 'parasit' dalam PAS.

Khalid juga mendakwa kenyataan beliau bukan bersifat memfitnah Hasan dan ia mempunyai unsur pernyataan fakta dan/atau pendapat.

Ahli Parlimen itu berkata jika sekalipun kenyataan berkenaan adalah fitnah, yang mana dinafikan, ia merupakan satu komen adil dan berpatutan berasaskan fakta serta perkara benar dan tepat.

Sepanjang perbicaraan, Hasan yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican memanggil dua saksi manakala Khalid, yang diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin, mengemukakan tiga saksi.
 
Seterusnya : Belia Bangkit
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.