Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, July 4, 2013

Isu Jonker Walk masih meleret

Awang Selamat Dalam Pojoknya mendakwa bahawa Tony Pua mungkin terlalu “mengambil mudah kesabaran orang Islam, yang ada batasnya”.

Lidah pengarang Utusan memberi nasihat kepada Tony “jika beliau tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan di negara ini, elok sahaja beliau berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong. Tentu lebih bahagia dan makmur hidup di sana daripada di tanah air ini”.

Beberapa buah portal berita telah mengulas ruangan pojok Awang Selamat itu.


Hannah Yeoh TwitterTony migrate
_________________________________________________________

Sejak dua menjak ini, nada penyokong pembangkang semakin kuat dan nyaring. Pertuturan mereka tidak dapat lari daripada mencarut dan memaki-hamun.

Cuba kita berbalik kepada apa yang diperkatakan Awang Selamat tadi — “Tentu lebih bahagia dan makmur hidup di [negara lain] daripada di tanah air ini”.

Adakah ia tidak benar bahawa si Dapster seolah-olah teramat benci pada apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan ciri keMelayuan negara ini manakala si Jerusubangite pula berkiblatkan negara-negara Christendom?

Apakah mereka ada “bahagia” hidup di sini?

PETIKAN POJOK AWANG SELAMAT
 
Kaduk naik junjung

AWANG simpati dengan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang menjadi mangsa salah lapor akhbar Cina berhubung isu Jonker Walk.

Membuka laluan kepada kenderaan di Jonker Walk dan menutup pasar perniagaan di situ yang dikatakan menjadi tarikan pelancong asing, adalah dua perkara yang berbeza.

Tetapi itulah yang berlaku di peringkat awal.

Kenyataan Idris bahawa Jonker Walk akan dibuka kepada kenderaan bertujuan menangani masalah kesesakan lalu lintas, ditafsirkan sebagai menutup sama sekali Jonker Walk.

Akibatnya, Idris diserang oleh media dan NGO Cina. Selepas penjelasan demi penjelasan, beliauterus diserang.

Langkah kerajaan negeri untuk membuka laluan kepada lalu lintas di Jonker Walk (yang ditutup pada lewat petang dan malam pada hujung minggu), turut dibantah habis-habisan.

Awang yakin kerajaan negeri bersikap terbukauntuk membincangkan hal tersebut tetapi isu itu telah dipolitikkan secara keterlaluan oleh DAP.

Pemimpin DAP, Tony Pua dalam reaksinya mengeluarkan kenyataan provokatif. Beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwanya menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kenyataan itu ternyata menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan. Awang tidak terkejut. DAP memang parti paling rasis dan selalu mencabar kepentingan Islam.

Janganlah jadi kaduk naik junjung. Jika mahu diungkit banyak perkara yang boleh dibangkitkan.
Tony juga mungkin mengambil mudah kesabaran orang Islam, yang ada batasnya.

Nasihat Awang, jika beliau tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan di negara ini, elok sahaja beliau berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong.

Tentu lebih bahagia dan makmur hidup di sana daripada di tanah air ini.

Wajibkan mengundi

KESEDARAN politik sebahagian masyarakat Malaysia terutama orang Melayu masih rendah.
Pada PRU-13, kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, tidak mendaftar sebagai pengundi.

Maka Awang lega apabila kerajaan menimbang untuk melaksanakan sistem pendaftaran undi secara automatik apabila warganegara mencecah usia 21 tahun.

Sudah sampai masanya sistem itu dilaksanakan. Di sebahagian negara, ia telah lama menjadi amalan dan diterima baik.

Awang percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melihat ke hadapan untuk melakukan perubahan tersebut.

Bagaimana pula dengan proses membuang undi,apakah ia patut diwajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi?

Awang tidak setuju. Menguatkuasakan undang-undang seperti itu akan menyebabkan rakyat tidak selesa.

Adalah memadai dengan melaksanakan sistempendaftaran automatik sebagai pengundi. Itu pun akan banyak membantu memberikan persekitaran dan ‘dorongan’ kepada rakyat untuk keluar mengundi.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.