Berikut adalah
senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh
Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen
pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.
1. Presiden
Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di
Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’
jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala
Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman
Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi
sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.
2. Mengedarkan
risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan
Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16
kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu
antara Umno dan Pas.
3. Mengunakan
kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah
calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang
melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya
kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.
4. Haji
Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika
pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di
masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak
motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke
atas.
5. Mendakwa
kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas
tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah
merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di
Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri
dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.
6. Mengunakan
Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga
kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN
Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh
dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang
untuk Syurga.
7. Nik
Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak
bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar
rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut
menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.
8. Pas
mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan
tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa
yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian
tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri
mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan
ladang limau
9. Parti
yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati
berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku
Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan
hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga
Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua
di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus
mengundi BN.
10. Mereka
juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak
tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan
anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah
menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung
Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.
Kuala Besut.Net
No comments :
Post a Comment