Pengarah
Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli nampaknya macam tengah meroyan lagi
apabila beriya-iya untuk melaksanakan kempen
boikot terhadap
akhbar Utusan Malaysia dan beberapa media perdana yang lain bermula
selepas Aidilfitri 2013 sehinggalah PRU-14 nanti.
Tiga
media lain yang dimaksudkan itu itu ialah NST, The Star dan TV3 yang
mana menurutnya akan diboikot sehingga bankrap dan turut membabitkan
mana-mana syarikat perniagaan yang membeli iklan di keempat-empat
media itu.
Sebab
musababnya tak lain tak bukan dek kerana sebahagian dari media ini
dikaitkan sebagai punca kepada pendedahan pelbagai kepincangan dalam
kepimpinan PR. Jadi untuk elak lebih banyak kelemahan terdedah pada
umum maka jalan akhirnya disuruh penyokong PR memboikotnya.
“Kalau
dahulu saya kejar ‘lembu’, lepas ini kita akan kejar Utusan, TV3,
The Star dan NST. Kita harus sedar bahawa majoriti orang yang menolak
Barisan Nasional (BN), kuasa ekonomi ada di tangan anda, kuasa beli
ada dekat kita.
“Selepas
ini, kita bukan sahaja boikot Utusan, The Star, NST dan TV3 dengan
tidak membeli akhbar, malah memboikot semua syarikat yang membuat
pengiklanan di keempat-empat media ini supaya mereka tidak ada
pendapatan dan tiada pilihan lain kecuali tutup kedai,”kata
Rafizi.
Bunyinya
agak angkuh dan sombong, lagak sedemikian sememangnya serasi dengan
identiti pemimpin PKR itu yang selama ini selesa menikmati puncak
kedudukan dalam parti melalui lif eksklusif.
Dari
satu sudut, jenis politikus sebegini andai partinya diberikan peluang
memerintah negara alamatnya segala laungan kebebasan akhbar dan hak
bersuara yang sering dijaja ke hulur-hilir sebelum ini terus hilang
entah ke mana sebaliknya diganti dengan corak diktator barangkali.
Tapi
persoalannya kenapa hanya tiga tahun? Alang-alang nak boikot buatlah
selama-lamanya, lepas itu kita tengok siapa pula yang sibuk melalak
meminta ruangan publisiti dalam media, tak gitu? Jangan jadi macam
Presiden PAS sudah, merengek-rengek minta diberikan ruang berucap
selama sejam dalam TV3.
Apa
pun kalau nak sangat boikot, boikotlah tiada siapa hairan pun.
Sejarah membuktikan ini bukannya pertama kali PKR mahupun lain-lain
parti pembangkang memperkatakannya.
Bila idea sama dikitar semula maknanya kempen-kempen sebelum ini jelas menemui kegagalan. Mana tak gagalnya, mulut saja duk suruh penyokong sendiri boikot sana sini tapi pemimpin kat atas pantang ada berita pasal diri sendiri, dialah yang bersungguh membaca dan menonton media perdana.
Semuanya
sekadar propaganda murahan, sama macam mereka meroyan sakan
memburukkan SPR dan memboikot keputusan PRU-13, alih-alih
masing-masing angkat sumpah juga. Penipuan entah ke mana, boikot tak
ke mana-mana, akhirnya bila ada PRK DUN Kuala Besut, Ketua Umum PKR
juga yang bersorak gembira meraikannya.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment