Dzulkarnain
Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya
mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang
bertujuan untuk propaganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara
sistematik yang berjudul “Contesting
Malayness : Malay Identity Across Boundaries”
diterbitkan National
University of Singapore pada
tahun 2004.
“Kita
tahu (siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin
veteran Singapura.
“Buku
itu mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa
Melayu ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan
politik.
“Kalau
cuba dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa
dan buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta
naskah di luar negara,” katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9
Julai.
Menurutnya
kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu
yang sistematik terhadap masyarakat Melayu
“Kalau
kita pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah,
(ditulis), ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu
perompak’, itulah imej yang diberi Singapura kepada setiap
pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat dia sendiri (dan)
pelancong.
“Dan
sebab itulah Melayu ini dibenci di luar negara kerana bangsa kita ini
terutamanya Singapura ni, mereka amat mencemburui bangsa Melayu ini,”
katanya lagi.
Wawancara
lengkap bersama Dzulkarnain bakal menyusul selepas selesai penyiaran
wawancara bersama Shen Yee Aun disiarkan di laman ini.
Sementara
itu, penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman
dilaporkan Utusan hari
ini menafikan bangsa Melayu adalah golongan pendatang seperti yang
didakwa oleh sesetengah pihak.
Menurutnya,
bangsa Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini, menerusi
pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang
Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara)
merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu
hari ini.
“Pengesahan
ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay
Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University
of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada
campuran kaum-kaum dari selatan China dan India,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan
Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia
di Kuala Lumpur, semalam.
Buku
susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard
yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk
menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum
lain.
Ekoran
itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia
diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal
daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah
berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain
sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada
manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000
tahun dahulu.
“Kumpulan
yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada
manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
“Kajian
juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan
Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan
oleh itu mereka juga orang Melayu,” katanya.
“Saya
harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan
membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut
sejarah, panggilan ini bermaksud ‘orang gunung’,” katanya.
Tambahnya,
faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami
menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung
Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.
“Selat
Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai
yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para
pengkaji kenapa selat ini sangat cetek,” ujarnya.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment