Padiberas
Nasional Berhad
(MYX:
BERNAS)
telah diswastakan pada Januari
1996 dan
mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai
penjaga industri padi
dan beras tempatan.
Dari
situ, BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan
industri padi dan
beras negara, di
samping mengambilalih tanggungjawab sosial dan komersil yang selama
ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam
pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim
Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga
minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari
petani.
Pada
25 Ogos 1997,
BERNAS telah mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah apabila
disenaraikan di papan utama Bursa
Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi
rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat
antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan
pengedaran.
Apabila Bernas
disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak
dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk
membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya
sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh
menguasai Bernas.
Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.
Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.
Pada
26 April 2011, Bernas mengumumkan kerajaan persekutuan telah
memanjangkan tempoh pengedaran beras selama 10 tahun bermula dari
Januari 11, 2011 hingga Januari 10, 2021.
Dimiliki syarikat asing
Pada 30 Julai
2009 syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak)
telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31% menerusi pasaran
terbuka tetapi Bernas perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang
terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang
saham adalah dilindungi?
Di
dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata
terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini
tergugat@hangit.
Sebagai sebuah syarikat strategik didalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.
Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

[2]Selepas
itu, Syed
Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds berjaya memiliki 53.7% ekuiti
Bernas bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu
tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57% kepentingan
ekuiti di dalam Bernas.[3]
Adakah
menjadi satu kesalahan kepada Syed Mokhtar Bukhari membeli semula
saham BERNAS melalui pasaran terbuka yang dikuasai oleh syarikat
asing dari HongKong, yang cuba memonopoli atau menguasai perniagaan
beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia?
Mengapa
pihak pembangkang khasnya Dap tidak melenting apabila BERNAS dikuasai
oleh Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dari HongKong?
No comments :
Post a Comment