Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, November 30, 2013

Elizabeth Wong Sahkan Anwar Tahu Awal Kenaikan Gaji MB

Anwar Liar-Liar

Baru sahaja sehari yang lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim buat-buat terkejut beruk seperti tidak merestui kenaikan menggila gaji MB Selangor dan anggota pentadbirannya, alih-alih hari ini EXCO Selangor iaitu Elizabeth Wong mendedahkan kenaikan itu sudah dimaklumkan awal lagi kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR.


Elizabeth yang juga ADUN PKR Bukit Lanjan menjelaskan segala perincian mengenai kenaikan tersebut sudah pun dibentangkan oleh Khalid Ibrahm dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR pada pada 22 November 2013 yang tentunya turut dihadiri Anwar.


Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah,” itu kata Elizabeth Wong (baca sini )


Kenyataan itu jelas bertentangan dengan komen Anwar semalam yang seperti terkejut dan beranggapan kenaikan yang diumumkan terlalu tinggi sambil menolak alasan Khalid yang menjadikan formula 75% daripada kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat Sarawak sebagai sandaran untuk mengharuskan kenaikan menggila itu.


Serentak dengan itu juga Anwar mendesak MB Selangor mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan supaya lebih munasabah. Turut sama bersetuju dengan Anwar ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak melepaskan peluang membelasah Khalid dan meminta supaya perlaksanaannya ditangguhkan.


Sekarang selepas membaca penjelasan Elizabeth Wong, maka jelaslah Anwar bukannya tidak tahu perihal kenaikan menggila itu sebaliknya sengaja buat-buat terkejut beruk semata-mata untuk mengelakkan kecaman umum. Dia dah tahu orang ramai sedang marah maka jalan terbaik untuknya tunjukkanlah rasa terkejut dengan harapan tak terpalit sama.


Penjelasan EXCO Selangor itu tentunya amat memalukan Anwar namun  ini bukannya pertama kali Ketua Umum PKR yang terkenal sebagai pemimpin lidah bercabang-cabang ini kantoi. Sebelum ini Anwar telah disahkan menipu dalam isu 40k pengundi Bangladesh, lama sebelum itu dia didapati berdolak-dalik berkenaan isu Yusuf Kalla sebagai pengantaranya dengan PM.


Yang paling popular penipuannya berkaitan mitos 16 September 2008 rekaannya, itu pun kantoi juga tapi tak menghalangnya meneruskan drama penipuan kerana lama sebelum itu Anwar sudah biasa bersandiwara melalui isu keracunan arsenik, patah tulang belakang dan terkehel tengkuk, suntikan darah hiv positif dan banyak lagi.


Itu belum dikira lagi zaman mudanya dulu yang dengan selamban ditipunya orang ramai konon ada yang mati kebuluran di Baling, Kedah. Dari muda bawa ke tua, tak habis-habis menipu dan bersandiwara. Pendek kata walau berpuluh kali kantoi pun masih lagi nak berdrama dan menipu orang ramai.


Tapi yang pelik tu, masih ada yang nak sokong politikus haprak yang pandai bersandiwara dan menipu seperti ini. Masih juga ada yang kemaruk nak angkat haprak seperti ini sebagai PM. Dunia dah terbalik agaknya. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.