Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 27, 2013

Wardina, Marina Mahathir, Saifuddin Abdullah Pernah Sokong Bersih Kini Dilantik Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional... BONUS Buat Ambiga?



Entah apalah kelebihannya.....!

Saifuddin Abdullah secara terang terang ditolak oleh rakyat dan akar umbi UMNO kini bernafas semula dengan perlantikannya sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional [MKPN].

Yang sorang lagi minah ni layak dikategorikan sebagai ikon skrew kepala longgar instead of ikon perpaduan... semua pasal kerajaan di balunnya. elok pi belikan dia cermin.. agak-agak tak suka malaysia,suruh dia  pi balek acheh la...

Begitulah nasib artis kontrovesi Wardina Safiyyah dan aktivis Datuk Marina Mahathir yang pernah kantoi menyokong perhimpunan haram Bersih, turut sama terpilih menjadi Ahli MKPN.


Pada awalnya kelihatan seperti kelam sudah karier politik Saifuddin bagaikan jatuh ditimpa tangga, kalah PRU 13 kepada calon PAS, selepas itu tertonggeng tewas bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh....


Apakah perlantikan Marina Mahathir sebagai Ahli MKPN merupakan suatu berita baik buat juak juak murahan Pakatan Pembangkang...?


Demikianlah kisah silam lampau yang terbuku sebagai lipatan sejarah membuktikan jenis perjuangan ketiga-tiga mereka yang terpilih sebagai Ahli MKPN yang sudah pun dilantik secara rasminya...

Kelmarin, kerajaan menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh enam bulan.

Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan memutuskan isu yang perlu ditangani. Manakala Tan Sri Lee Lam Thye pula dilantik sebagai Timbalan.

Senarai 27 Ahli MKPN pula adalah seperti berikut;

1. Ramon Navaratnam
2. Pheng Yin Huah
3. Napsiah Omar
4. Michael Yeoh Oon Kheng
5. Johan Jaafar
6. Boon Som s/o Inong
7. Mujahid Yusof Rawa
8. Clarence Bongkos Malakun
9. John Sikayun
10. Lim Kok Cheong
11. Saifuddin Abdullah
12. Haji Zainal Abidin Haji Abdul Kadir
13. Rugayah Abdul Majid
14. Dr Kantayya Mariappan
15. Dr Madeline Berma
16. Dr Suresh Kumar Govind
17. Dr Bilson Kurus @ Belson Bingku
18. Tan Yew Sing
19. Lim Chee Wee
20. Liaw Lam Thye
21. Sardar Jagir Singh
22. Marina Mahathir
23. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
24. Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
25. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
26. Mohamad Ariff Irwani Azahari
27. Audrey Goh 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.