Pasca
PRU-13 yang lepas satu keunikan berlaku di Selangor apabila
perlantikan semula Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi
penggal kedua memecah tradisi bila mana Khalid diminta mengangkat
sumpah sambil memegang tombak diikuti lafaz aku janji 10 perkara di
hadapan Sultan Selangor.
10
perkara aku janji yang diikrarkan itu ialah mendahulukan rakyat,
menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi
kesucian agama Islam sebagai agama negeri, menjaga kedaulatan
institusi Raja dan mempertahankannya, memelihara keistimewaan orang
Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
Khalid
juga berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti
yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas serta
turut memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri
lain termasuklah memastikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara
kaum dengan semangat muhibah.
Di
antara 10 perkara itu, ada dua perkara yang menarik untuk diulas
yakni perihal ikrar Khalid untuk mendahulukan rakyat disamping
melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi,
bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas kerana ia dilihat paling
dekat dengan isu kenaikan mencanak gaji MB yang sedang heboh sekarang
ini.
Berikutan
kenaikan itu gaji bulanan Khalid sebagai MB bermula Januari depan
meningkat dari RM14,175 sebulan kepada RM29,250 sebulan. Itu baru
gaji sebagai MB Selangor, belum masuk lagi gaji sebagai ADUN yang
berjumlah RM11,250 dan gaji sebagai Ahli Parlimen serta lain-lain
elaun yang semuanya akan mencecah hampir atau lebih RM50,000 sebulan.
Lumayan
ganjarannya berbanding kakitangan Kerajaan Negeri yang cuma
memperolehi setengah bulan bonus. Nampak sangat habuan untuk diri
sendiri lebih diutamakan. Patutlah ramai dikalangan pemimpin PR ada
yang sibuk berebut nak menjadi MB Selangor sebab ganjarannya lumayan
mengalahkan gaji Perdana Menteri.
Dalam
konteks mendahulukan rakyat, kenaikan menggila gaji Khalid sebagai MB
bukan sahaja tidak menepati ikrar Aku Janji malah boleh disimpulkan
sebagai sengaja melanggar ikrar tersebut kerana ternampak jelas
Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan anggota
pentadbirannya berbanding kepentingan rakyat marhaen.
Bila
Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri dalam hal mendapat
ganjaran yang menggila tinggi secara tidak langsung ia melanggar
tuntutan ikrarnya sendiri untuk mentadbir Selangor secara
bertanggungjawab, berintegriti, penuh amanah, jujur dan ikhlas, bukan
begitu?
Kalau
Khalid mendahulukan rakyat sepatutnya akan wujud rasa malu dalam
dirinya bila mana isu kenaikan gaji MB dipertikaikan khalayak apatah
lagi disaat pimpinan PR yang lain sibuk mahu bercakap perihal
kononnya PR jauh berbeza dari BN yang sering dikaitkan dengan istilah
Barang Naik.
Balik-balik
duk bandingkan Selangor dengan kenaikan gaji KM Sarawak langsung tak
kena. Macamlah keluasan Selangor yang cuma 7,956 KM persegi jauh
mengatasi keluasan 124,449 KM persegi bumi Sarawak yang mana hampir
menyamai keluasan Semenanjung Malaysia. Kata PR berbeza dari BN, yang
nak diikut jejak Sarawak, apahal?
No comments :
Post a Comment