KUALA
LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM445.1
bilion (bersamaan dengan US$136.7 bilion) pada 15 November,
2013.
Bank
pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai
untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan ialah 3.7 kali hutang
luar negeri jangka pendek.
Ia
berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing
(US$123.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta),
Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2.0 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan
aset rizab lain (US$8.6 bilion).
Jumlah
aset Bank Negara termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM473.64
bilion.
Aset-aset
lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM1.85 bilion), deposit
dengan institusi kewangan (RM10.83 bilion), pinjaman dan pendahuluan
(RM8.52 bilion) dan, aset-aset lain (RM7.30 bilion).
Modal
dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab
(RM53.67 bilion), mata wang dalam edaran (RM68.73 bilion), deposit
oleh institusi kewangan (RM204.60 bilion), deposit kerajaan
persekutuan (RM11.81 bilion), deposit-deposit lain (RM3.07 bilion),
kertas Bank Negara (RM106.33 bilion), peruntukan SDR (RM6.731 bilion)
dan liabiliti-liabiliti lain (RM18.57 bilion).
No comments :
Post a Comment