Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 20, 2013

Pesanan Untuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Salam bahagia diucapkan kepada Tuan Mohd Fauzi bin Yusuf,

Merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, izinkan saya untuk memberi sedikit maklum balas.

(1) Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ingin memaklumkan kepada kerajaan negeri serta majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang agar memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Sila maklum bahawa tuntutan tuan adalah tidak wajar memandangkan hal-hal agama di serambi mekar Pulau Mutiara adalah ditadbir oleh Saidina Umar Lim Abdul Aziz selaku Khalifah yang memiliki kuasa mutlak beserta diiktiraf sebulat suara bahawa pemerintahannya adalah yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seantero.

khalifahKGE

(2) PAS juga menuntut supaya ditambah kuota bilangan ahli majlisnya di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai kepada 4 orang setiap Pihak Berkuasa Tempatan.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah merupakan satu pemerintahan Khalifah (Caliphate) yang cukup sempurna dan tiada tolok bandingnya di rantau ini. Justeru sudah menjadi adat bahawa pelantikan mana-mana pegawai tinggi adalah terserah kepada sepenuhnya budi bicara Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijaksana, paling adil dan paling saksama tanpa tolok bandingnya.

Poster photoshop yang popular di blogosfera Melayu

(3) Seterusnya PAS menuntut agar diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi parti tersebut.
 
Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan Saidina Umar Lim Abdul Aziz. Kuasa untuk memilih dan melantik mana-mana pegawai adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seluruh Nusantara.

caliphate

4) Tambahan lagi, PAS menuntut peruntukan kuota bagi wakil-wakilnya sebagai ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan kerajaan negeri (GLC) memandangkan sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tiada cacat cela.

Kuasa untuk memilih dan melantik mana-mana ahli keluarganya untuk menjadi mana-mana ahli lembaga pengarah adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina Umar yang paling bijak, paling adil dan paling saksama. Kepimpinan yang sebegitu cemerlang, gilang-gemilang dan tidak terbilang belum lagi pernah dijumpai sepertinya di dunia sebelum ini.
 
wazir

(5) Berhubung aduan PAS bahawa cogankata CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) tidak dipraktikkan dalam hubungan Pakatan Rakyat bersama parti Islam bendera hijau itu, sila maklum bahawa Pulau Pinang bukanlah berupa sebuah pemerintahan CAT tetapi ia pemerintahan Caliphate yang diterajui Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama.

(6) Berhubung kebimbangan PAS tentang campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP yang akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi Islam tersebut, sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah Caliphate yang mana sememangnya Khalifah Umar Lim Abdul Aziz mempunyai kuasa mutlak dalam bidang agama.
 
Maka tidak dijangka akan timbul apa-apa masalah pertindihan kuasa atas sebab tidak ada mana-mana pemimpin lain yang dibenar untuk mempunyai kuasa yang setara dengan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tempatnya teragung dan teratas sekali.

TongkatSakti

(7) Berhubung kemahuan PAS untuk dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar yang hendak dirancang sebelum ia dilaksanakan, sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah Caliphate di mana Khalifah Umar Lim Abdul Aziz mungkin sesekali akan meminta dan mendengar pandangan daripada wazir, orang yang dipercayainya. Namun buat masa ini, Sang Wazir masih sihat walafiat (syukur) dan maka dengan itu, tidak ada kekosongan jawatan buat masa ini untuk disi orang PAS Pulau Pinang.

Sekian. Harap maklum dan kerjasama tuan Mohd Fauzi adalah amat dihargai.

Amar makruf nahi mungkar.

Saya yang menjalankan tugas dan berkhidmat kepada Khalifah,

Pemegang Mohor Kecil
(Bahagian Protokol Istana) 

Credit : Helen Ang

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.