Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, November 22, 2013

Mukhriz mesti dibunuh!



 
 
Sehari sebelum Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Oktober lalu saya ada menulis berlaku sabotaj dari seseorang yang hendak menjatuhkan Mukhriz menerusi fitnah dalam Portal pro pembangkang - The Malaysia Insider. Keesokannya portal tersebut segera memohon maaf kepada Mukhriz. Beberapa hari lepas saya menulis UMNO "kekurangan" pemimpin pelapis yang cerdik. Sebenarnya, sebab utama lebih mendasar - orang-orang cerdik kebanyakkannya telah 'dibunuh' di peringkat cawangan dan bahagian. Warlord UMNO tak suka orang-orang sebegini.

Di peringkat atasan, segelintir pemimpin yang cerdik - atau kelihatan cerdik  macam Anwar satu ketika dulu - akan berusaha menghapuskan saingan yang juga cerdik.

Pembunuhan orang cerdik dalam Sejarah Melayu sering dikaitkan dengan Hang Nadim, yang mencadangkan kepada Raja Singapura untuk menggunakan batang pisang lebih berkesan dari menggunakan betis untuk melawan todak.

Apa punya penasihat Raja, itu pun tak boleh fikir, tunggu Hang Nadim memberi cadangan baru nampak penyelesaian.

Membaca Romance of Three Kingdoms; saya dapati Liu Bei, Cao Cao dan Sun Quan bukan hanya recruit seorang orang cerdik, tapi ramai di bawah payroll mereka. Gengkhis Khan, walaupun barbarian tetapi sangat berhati-hati mengarahkan tenteranya jangan membunuh orang-orang cerdik untuk digunakan dalam empirenya.

Tapi dalam dunia Melayu, hanya seorang cerdik dibenarkan hidup. Jika Hang Nadim tidak dibunuh agaknya, dia akan membunuh orang cerdik lain. Raja, macam biasa, hanya akan dengar nasihat consultant sahaja.

Setelah diterima sebagai orang 'cerdik' dalam dunia Melayu, dari prototype Melayu 'cerdik, liberal dan progesif' insan itu akan memulakan cult dengan legion of fans nya. Proses ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar bin Ibrahim, cuma package yang diterima ketika itu adalah 'Islamik, moderate dan lantang." Penjenamaan boleh berubah ikut zaman.

Buat masa ini, 'liberal dan progesif' mendapat tepuk tangan yang kuat kononnya dari akar umbi. Lagi sekali kasihan UMNO.

Justeru itu Mukhriz perlu dibunuh. Ini kerana beliau bukan sahaja memiliki segala seperti kecerdikan, nama besar bapanya dan juga keberanian (beliau berani bertanding dikerusi yang tidak pernah dimenangi BN sejak dulu lagi) namun Mukhriz seorang yang down to earth dan humble.

Seperti bapanya, beliau memilih jalan sukar. Bapanya tidak membenarkan beliau terlibat dalam politik ketika bapanya berkuasa. Ini kesilapan Tun Mahathir kerana budaya UMNO hanya mengenang jasa pemimpin 'sekarang'; yang masih boleh memberi contract dan perks.

Beliau menunjukkan keberanian apabila berani melawan arus dan 'budaya yesman' UMNO apabila menghantar surat kepada Tun Abdullah selepas PRU ke 12. Saya percaya Mukhriz tidak cuba mencari popularity dengan hanya menjadi populist. He does the right things, even it may effects his political career.

Seperti bapanya, saya percaya Mukhriz ingin pengikut nampak kerjanya, bukan popularitynya. Proses ini lambat, dan mungkin tidak diterima dalam budaya UMNO yang mudah kagum dengan insan seperti Anwar Ibrahim.

Proses pembunuhan Mukhriz sedang bermula. Antara yang melancarkan serangan adalah tidak lain tidak bukan ibu Ketua Pemuda UMNO sendiri, Datuk Rahmah Abdul Hamid. Beliau berkata melalui NST:


"Veteran Datuk Rahmah Abdul Hamid, 81, has found “experience” an important factor to consider when choosing the right candidate.

“Anybody looking to be elected into office should have served the party, starting out at the lower ranks,” she said, while voicing her disappointment at the entrance of Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir into the vice-presidency race.

“While I have nothing against him, I feel that Mukhriz has been pushed far too quickly up the ranks. He has not even served as division leader yet.

“Umno works religiously from ground to the top and if you have not spent time building the party or being a coolie, then you will not understand the sentiments of party members.”

She said Mukhriz should instead spend his time focusing on Kedah and get accepted by the people there first."


Tidak sukar meneka bukan? NST melalui Regina Lee menemuramah seorang 'veteran' yang personan non grata. Bukan seorang Ketua Bahagian, Ketua Wanita atau apa-apa jawatan. Kebetulan anaknya Ketua Pemuda UMNO Malaysia saja.

Penghapusan waris Tun Mahathir perlu dilakukan, dan amat disenangi oleh Regina Lee; Setiausaha Akhbar pro DAP. Tun di label sebagai ultra Malay semasa hayat politiknya. Benih ultra itu perlu dibunuh, diliberalkan dan dinamakan semula sebagai 'conservative'.

Baca juga Bigdot di sini, Jebat Must Die di sini dan Another Brick in the Wall di sini. 



 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.