Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, November 25, 2013

#MuktamarPAS : Konsert METAL Sesat di Karnival PAS for ALL!!! YANG TIDAK MUNGKIN AKAN DISIARKAN OLEH HARAKAH !!!

Sebelum ini Pemuda PAS bercakap tentang perlunya pemimpin Pemuda yang 'cool' dan bukannya 'poyo'. Mungkin untuk mengelak kepoyoan Pemuda PAS di mata orang muda, maka PAS menghalalkan program yang sebelum ini dikutuk teruk oleh mereka sendiri!

 
 
Inilah namanya 'matlamat menghalal cara' ala-PAS yang sangat memalukan dan menjatuhkan kredibiliti parti yang penuh dengan hipokrit dan memperalatkan Islam. 

Sebelum ini, Pemuda PAS begitu lantang membantah konsert heavy metal, Metallica.

 


 
  
Tahu-tahu sahaja, puak PAS sendiri menghalalkan konsert yang berbentuk heavy metal di dalam program mereka!

Di konsert "Gig Green Zone" pada malam Karnival PAS For All di Stadium Malawati, Shah Alam telah menampilkan kumpulan heavy metal 'Heart Attack'



Video heavy metal

Orang lain buat dibantah keras tapi bila kena batang hidung sendiri....Inilah hipokrit tahap memualkan yang ditunjukkan oleh parti PAS.

Dan apabila isu ini menjadi panas dan memberi impak negatif tahap hipokrit parti PAS, MiM jangka jawapannya ialah 'kepimpinan PAS tidak terlibat dalam program karnival tersebut. Jadi bukan salah kami.' 

Begitu senang mereka mencuci kesilapan mereka. 
 
Seterusnya : MiM


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.