Nampaknya,
Khalid Ibrahim kini menunjukkan “kukunya” setelah selama ini
dibayangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor dan Azmin Ali.
Bukahlah
satu rahsia, apabila ramai penyokong PAS dan PKR sering bercerita
sesama sendiri, tentang Azmin yang tinggi nafsunya untuk menerajui
tahkta pentadbiran negeri Selangor meskipun sering dinafikan oleh
kebanyakkan pemimpin mereka.
Suara
lantang barisan ahli parlimen pembangkang tentang gaji menteri yang
perlu dipotong atas dasar tuduhan kemelaratan rakyat tidak pernah
lekang pada setiap kali parlimen bersidang.
Alasan
seperti memuncaknya kos sara hidup rakyat, menjadi modal utama
desakan pemotongan gaji Menteri.
Tiba-tiba,
Khalid dan DUN Selangor yang dikuasai oleh parti yang sama dengan
Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim itu bertindak songsang
apabila meluluskan kenaikan elaun ADUN Selangor.
Secara
automatik, Anwar dan kuncunya tidak lagi mampu menggunakan isu yang
sama untuk kononnya prihatin kepada rakyat. Tiada istilah pejuang
rakyat, kerana waima hanya di Selangor sahaja, mereka gagal untuk
melestarikan keikhlasan mereka terhadap rakyat.
Azmin
tidak bersetuju dengan kenaikan elaun berkenaan. Tetapi Khalid
Ibrahim telah menjawabnya dengan bersahaja ” Sedekahlah duit itu
kalau tidak mahu”.
Azmin
ditempelak persis si sarkas. Seumur hidup Azmin, tidak pernah dia
diperlakukan sedemikian rupa. Pada sidang DUN Selangor hari
ini, apabila dikerumuni wartawan yang bertanya tentang isu kenaikan
gaji ADUN Selangor, Azmin enggan mengulas.
Peluang
ini diambil oleh “leftenan-leftenan kanan” Khalid Ibrahim turut
serta dalam misi memperbudakkan Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN
Bukit Antarabangsa itu.
Faekah
mengambil peluang ini untuk tampil gagah. Berbalas tweet dengan
Arfa Aziz, setiausaha media menteri besar, Faekah melepaskan segala
yang dipendamnya seperti ayat dibawah..
Alif
Zai Min Ya Nun : Sarkas!!!
mykmu
1 comment :
Klu pentadbiran Khalid tu pentadbiran sarkas, parti yang diwakili khalid pun parti sarkas la...huuu..tak gitu...hahahaha..holaaaa!!!!
Post a Comment