Inilah
jadinya bila “diberi betis, dia mahu paha”, sudah “diberi muka,
dia nak pijak kepala”. Bila tidak tahu menghormati hak dan
keistimewaan Melayu, maka timbullah pelbagai tuntutan melampau tanpa
menghiraukan sensitiviti bangsa Melayu.
Penolong
Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching semalam mengadakan sidang
akhbar bagi mendesak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Finas) untuk memansuhkan peraturannya yang menetapkan penggunaan
Bahasa Melayu bagi mendapatkan dana penerbitan filem dari agensi
tersebut.
Katanya,
peraturan sedia ada menyekat perkembangan filem di Malaysia,
khususnya filem Cina, Tamil dan Inggeris di negara ini. Dia mahu
Finas batalkan peraturan yang menetapkan penggunaan Bahasa Melayu
sebanyak 60% bagi mendapatkan dana maksimum RM30,000 bagi filem
pendek, animasi dan dokumentari.
Dia
juga mahu peraturan menggunakan Bahasa Melayu 100% bagi mendapatkan
dana Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan dihapuskan sama sekali.
Selain
itu, Nie Ching mendesak agar Finas membenarkan tayangan filem “The
New Village” yang kononnya mempunyai “mesej tersembunyi” yang
menunjukkan bahawa pihak pengganas Komunis adalah lebih baik dari
British yang pernah menjajah negara.
Siapa
Teo Nie Ching untuk meminta hak keistimewaan filem Melayu dihapuskan
begitu saja? Saya faham dia warganegara Malaysia. Tapi siapa dia
untuk mencabar hak keistimewaan Melayu dan Bahasa Melayu sebagaimana
yang termaktub di dalam perlembagaan?
Pada
saya, peraturan yang ditetapkan Finas itu memang sengaja dibuat
begitu. Kenapa? Saya yakin ia adalah bertujuang untuk memelihara
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan kedudukan
bangsa Melayu yang diberikan hak serta keistimewaan yang eksklusif.
Sekiranya
Teo Nie Ching faham tentang kontrak sosial yang terpatri ketika di
awal kemerdekaan dulu, dia akan menghormati hak tersebut dan tidak
akan bersuara. Kenapa? Kerana hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan
Bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan kedudukannya.
Pada
saya, mempersoalkan hak keistimewaan dan kepentingan bangsa Melayu
adalah sama dengan mempersoalkan kewajaran pemberian hak
kewarganegaraan pada kaum bukan bumiputera di negara ini. Kalau DAP
cuba hapuskan hak dan kepentingan bangsa Melayu, kita juga boleh
hapuskan hak kewarganegaraan ahli DAP, bukan?
Jadi,
tak perlulah desak Finas untuk memansuhkan sesuatu yang akan mencetus
kemarahan orang Melayu. Kalau Finas tunduk pada desakan DAP itu, saya
yakin majoriti Melayu akan desak agar agensi itu ditutup saja kerana
gagal mematuhi ketetapan perlembagaan negara.
“The
New Village”? Ada “mesej tersembunyi”? Komunis lebih baik dari
penjajah British? Pada saya lebih kurang sama saja. Kedua-duanya
sama-sama penjajah dan sama-sama membunuh orang Melayu selain tidak
menghormati hak bangsa bumiputera di bumi Tanah Melayu ini. Sebab itu
kedua-duanya ditentang keras.
Walaupun
kedua-duanya memang tidak boleh diterima rakyat Tanah Melayu, saya
lebih tidak dapat menerima Komunis berbanding British. Kenapa? Kerana
Komunis menolak agama dan tidak beragama! Dalam ertikata lain, mereka
tidak punya pegangan langsung dan berpandukan undang-undang suka hati
mak bapak mereka…
Bila
sudah tidak beragama, maka tiadalah nilai-nilai moral yang boleh
dijadikan panduan hidup, bukan? British tidaklah seteruk Komunis.
Nenek moyang kita masih lagi dibenarkan membina masjid, beramal
ibadah dengan bebas dan tidak pula dilarang mentauhidkan Allah SWT.
British
masih lagi mengekalkan Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di bumi
bertuah ini. Tapi Komunis pula mahu sistem Raja dan Kesultanan Melayu
itu dihapuskan terus dan Tanah Melayu. Jadi, apa yang baiknya Komunis
berbanding British? Sama saja dan mungkin Komunis lebih teruk lagi,
bukan?
Tak
payahlah Teo Nie Ching cuba menegakkan benang yang basah. DAP mahu
menyusup masuk propaganda mereka yang busuk itu melalui bidang
perfileman pula? Sudah-sudahlah memutar belitkan fakta sejarah di
dalam “The New Village”. Takkan laku di Tanah Melayu ini…
No comments :
Post a Comment