Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 28, 2013

Senarai Kes Rasuah Babitkan Ahli Politik Malaysia!!

Senarai Kes Rasuah Babitkan Ahli Politik Malaysia!!


Naik muak melihat telatah pembangkang yang cuba berlagak hebat yang merekalah jaguh dalam isu cegah rasuah dan mendedah salah laku parti lawan.

Hakikatnya mereka hanya pandai bermain wayang dengan melayang-layangkan kertas kosong di atas pentas ceramah kononnya bukti. 

Tidak cukup dengan itu, difitnah pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan atau gagal melakukan siasatan.

Pembangkang melalui Rafizi baru-baru ini, main tembak mengatakan SPRM melindungi ahli politik yang dikaitkan rasuah. 

Terlalu syok membalun hingga terlupa yang barisan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), SPRM juga terdiri daripada tiga wakil pembangkang!

Tiga wakil dari pembangkang ini telah dilantik bersama-sama empat lagi individu lain oleh Yang Di-Petuan Agong pada 28 Oktober lalu di Istana Negara. Wakil pembangkang ini terdiri daripada:

1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru 



Halatuju siasatan sesuatu kes oleh SPRM saling berhubung rapat dengan Lima entiti penting iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), JKMR, Jawatan Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR). 

Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, setiap laporan hasil siasatan SPRM perlu melalui lima entiti tadi sebagai 'check and balance' bagi meneliti serta menentukan sama ada diperakukan untuk didakwa, ditutup atau perlu siasatan semula.

Ini menunjukkan SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk tidak menyiasat atau menutup sesuatu kes. 
Maka jelaslah tuduhan liar Rafizi ini merupakan fitnah jahat bukan sahaja terhadap SPRM, malah terhadap rakan-rakannya sendiri yang berada dalam barisan JKMR.

Kesudahannya, kenyataan Rafizi sekaligus mencerminkan kelemahan akal pemimpin pembangkang dalam memahami perjalanan proses siasatan.


Mungkin tiga wakil pembangkang Tan Seng, Fauzi dan Takiyuddin patut sekolahkan si Rafizi supaya lebih memahami cara-cara siasatan kes rasuah dilakukan dan mengingatkan beliau kembali rekod-rekod siasatan SPRM terhadap ahli politik sebelum ini.

Antara ahli politik yang telah disiasat oleh SPRM dan dituduh adalah:
  • Dato’ Mohamad Norza Zakaria (ahli UMNO dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor)
  • Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN)
  • Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan)
 Manakala ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah: 
  • Dato’ Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan)
  • Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam)
  • Mohd Khir Toyo (Menteri Besar Selangor)
  • Yap Soo Sun (ADUN Teratai).
Antara ahli politik yang  pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah: 
  • Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng)
  • Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak)
  • Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi)
  • Dato’ Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan).
Sejarah juga membuktikan bahawa tiga Menteri Besar Selangor juga pernah disiasat dan didakwa oleh Suruhanjaya: 
  • Datuk Harun Hj Idris
  • Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib
  • Dr Mohd Khir Toyo.
Statistik dan senarai ini membuktikan bahawa SPRM dan BPR (dulu) sentiasa memandang serius dan menjalankan siasatan tanpa mengira kedudukan.


Jadi mana-mana individu sama ada orang awam atau Ahli Politik seharusnya tampil kepada Suruhanjaya sekiranya memiliki maklumat rasuah beserta dokumen yang menyokong dakwaan tersebut. 

Mereka juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui wakil parti masing-masing yang dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bukan kepada individu yang tiada kena mengena seperti Rafizi. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.