Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, November 25, 2013

Jeff Ooi didesak mohon maaf

Jeff Ooi didesak mohon maaf

Mohd Rosi (kiri) ditahan beberapa lelaki ketika ingin bertemu Chuan Aun mengenai isu ‘kucing kurap’ di Pasar Jelutong, semalam

Georgetown: Lawatan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ke Pasar Jelutong semalam, kecoh apabila didesak memohon maaf secara terbuka, berhubung kenyataannya melabelkan kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi, apabila Pegawai Bahagian Kesihatan Vektor MPPP, Mohd Rofi Osman, mendekati Chuan Aun sebelum dengan suara lantang memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Mohd Rofi berkata, beliau terkilan dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang itu disifatkan semakin bongkak apabila sesuka hati menghina kakitangan awam.


Mahu jaga populariti

Katanya, Chuan Aun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang begitu hina dan kurang ajar bagi menjaga popularitinya dalam kalangan penyokongnya.

“Mungkin sebab pakatan pembangkang sudah dua penggal memegang tampuk pemerintahan negeri ini hingga beliau lupa bahawa dalam kalangan ‘kucing kurap’ ini yang membantu dia menjadi Ahli Parlimen.

“Chuan Aun perlu menarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media di negara ini. 

Satu penghinaan

“Siapa beliau untuk melabelkan kakitangan MPPP seperti kami dengan penghinaan yang kurang ajar terbabit,” katanya yang berkhidmat dengan MPPP selama lebih 30 tahun.

Chuan Aun yang kelihatan gelisah ekoran sergahan itu, segera beredar dari lokasi terbabit sambil diiringi beberapa pegawainya dengan sebahagian daripada mereka menghalang Mohd Rofi dari mengekorinya.

Rabu lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Chuan Aun menggelar kakitangan bawahan MPPP sebagai kucing kurap dan enggan bercakap dengan pegawai terbabit kerana beranggapan tindakan MPPP itu seolah-olah menghinanya sebagai Ahli Parlimen.

Mohd Rofi yang juga bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP bertegas akan mengekori pergerakan Chuan Aun bagi mendapatkan penjelasan dan permohonan maaf daripada Ahli Parlimen itusecara terbuka demi mengembalikan maruah MPPP.

“Baru menjadi Ahli Parlimen sudah berani menghina penjawat awam dengan ungkapan kurang ajar, cuba bayangkan apabila pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Pusat dan menawan Putrajaya?... sudah pasti ramai lagi akan dihina,” tegasnya. 

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.