Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 21, 2013

SPRM Tahan Pemberi Rasuah Lindungi Penerokaan Haram Di Cameron Highlands



Photo: SPRM Tahan Pemberi Rasuah Lindungi Penerokaan Haram Di Cameron Highlands . Baca lanjut di www.sprm.gov.my/bt-cameron-reman.html

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berusia awal 40-an ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki cuba memberi rasuah bagi melindungi aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands.

Lelaki berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya sekitar jam 9.15 pagi hari ini.

Lelaki berkenaan ditangkap semalam (8 Oktober) di sebuah hotel di ibu negara.

Individu berkenaan ditangkap ketika cuba menawarkan rasuah kepada seorang pegawai agensi penguatkuasaan yang bertangungjawab memantau aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi tersebut.

Lelaki berkenaan buka sahaja disyaki menjalankan aktiviti penerokaan tanah secara haram malah turut menjalankan kerja-kerja di luar kawasan yang dibenarkan di sekitar tanah tinggi tersebut.

Bagi melindungi aktiviti haram tersebut, beliau cuba merasuah pegawai penguatkuasa yang memantau aktiviti penerokaan di kawasan itu supaya tiada tindakan yang diambil keatasnya.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membabitkan kesalahan memberi suapan kepada penjawat awam.

Kebimbangan terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands telah mula disuarakan umum sejak tahun lalu lagi apabila aktiviti ini dikhuatiri mendatangkan impak yang negatif kepada kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat pertanian dan pelancongan itu.

 Sumber : SPRM 

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.