Bila
Izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan - rumah
kata pi, kuboq kata mari!
|
Hitler
dan Menteri Propaganda Nazi Goebler pernah berkata, 'the bigger
the lie, the more people will believe it - lebih
besar sesuatu pembohongan itu, lebih mudah orang percaya'.
Masih
ingat lagi kisah dongeng pembohongan 16 Sep 2008? Konon cerita lebih
30 Ahli Parlimen BN akan melompat ke pembangkang. Dan Kerajaan BN
akan jatuh. Dan 16 Sep 2008 akan menyaksikan Kerajaan baru pakatan
pembangkang DAP-PKR-PAS dengan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri!
Kalau
itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa pulak namanya?
Masih
ingat lagi janji kepada penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang semasa
kempen PRU-12 tahun 2008. 'Ane,
ini hari kasi undi sama kita, lagi dua minggu geran kasi mari'.
Tak berapa hari menang Pulau Pinang dan membentuk Kerajaan DAP,
penduduk Kg. Buah Pala menerima kedatangan traktor dan jentolak
merobohkan rumah mereka dan dihalau keluar!
Kalau
itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya lagi?
Masih ingat lagi sebelum PRU-13, 'jika pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tewas dalam PRU-13, saya akan bersara dan mungkin menjadi pensyarah'. Tetapi sehingga hari ini bukan sahaja tidak berhenti dan bersara, malah terbaru dibawa usul dalam Kongres PKR baru ini supaya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya Wan Azizah!
Masih ingat lagi sebelum PRU-13, 'jika pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tewas dalam PRU-13, saya akan bersara dan mungkin menjadi pensyarah'. Tetapi sehingga hari ini bukan sahaja tidak berhenti dan bersara, malah terbaru dibawa usul dalam Kongres PKR baru ini supaya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya Wan Azizah!
Kalau
itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya ye?
Masih
ingat cerita jam Omega?
Masih ingat lagi cerita sakit belakang? Masih ingat lagi cerita
Lynas? Masih ingat lagi cerita Felda bankrap? Masih ingat lagi cerita
China-Doll? Masih ingat lagi banyak lagi kisah dan cerita yang dibawa
oleh pembangkang - yang semuanya akan membuatkan Goebel senyum
meleret, yang akan membuatkan Hitler terkedu!
Baru-baru
ini Dato' Sri Najib mengadakan lawatan rasmi ke Bangladesh setelah
menghadiri Sidang CHOGM di Sri Lanka. Sekembalinya daripada lawatan
itu, Dato' Sri Najib ditanya tentang misi lawatan yang pertama oleh
beliau sebagai PM Malaysia ke Bangladesh. Jawab PM,
Misi
lawatan ini alhamdulillah telah membuka era baru dalam hubungan
Malaysia - Bangladesh. Namun misi kedua saya telah gagal!
Ramai
wartawan terkejut, apa misi kedua yang gagal tu Dato' Sri, tanya para
wartawan. Dengan penuh selamba Dato' Sri Najib menjawab;
Misi
kedua saya ialah untuk mencari 40,000 pengundi Bangladesh yang
didakwa mengundi dalam PRU-13, tetapi gagal. Malah Sheikh Haseena
Perdana Menteri Bangladesh menggelengkan kepala bila diberitahu
tentang dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh konon mengundi didalam
PRU-13!
Sebaik
sahaja kenyataan PM tersebut disiarkan media, tak pasal-pasal Anwar
membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh BN bawa masuk
40,000 Bangla semasa PRU-13.
Media-media
portal pro Kerajaan kemudian mendedahkan beberapa siri berita yang
disiarkan media pembangkang termasuk di laman twit dan lain-lain
dimana pembangkang membuat dakwaan konon ujud para pengundi Bangla
dalam PRU-13, termasuk kisah sedih seorang penyokong pembangkang
sendiri yang diserang dan dihalang mengundi pada pagi 05.05.2013
kerana dituduh sebagai Bangla!
Pada
saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu
jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung,
ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian
negara!
Kepada
pembangkang DAP-PKR-PAS, elok berhentilah daripada politiking kotor
dan jijik ini! Politik berteraskan pembohongan, putar belit, matlamat
menghalalkan cara, menimbulkan kontroversi, memecahbelahkan perpaduan
negara dan keharmonian antara kaum dengan sikap cauvinis, extremis,
pelampau bukan warisan yang mahu kita tinggalkan kepada generasi akan
datang.
Melabel
kakitangan kerajaan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan
tuduhan mereka anjing Kerajaan dan sekadar kucing kurap jalanan bukan
jenis politik yang boleh diterima oleh rakyat!
Dan
kepada Anwar, sudah-sudahlah tu. Umur awak pun dah masuk rumah
kata pergi, kubur kata mari.
Tuhan pun dah bagi subsidi empat tahun mengikut ukuran umur
Rasulullah saw.
Elok
tunaikan janji nak berhenti dan berundur, jadilah pensyarah kat
mana-mana. Kalau tak dapat mengajar di Oxford Universiti, mengajar
ajelah di UniSel. Saya pasti Tan Sri Khalid akan berikan tempat
walaupun mungkin slow sikit keputusan dia.
Datuk
Husam Musa, Naib Presiden PAS yang baru ditabalkan pun dah tegaskan
supaya PAS mendesak jawatan calon Perdana Menteri bagi pembangkang
diberikan kepada Datuk Seri Hadi Awang. Bermakna PAS pun dah tak mahu
kat hang lagi dahhh.
PKR
pun dah makin kelam kabut. Dua ADUN PKR Sabah dah meninggalkan
kemungkaran kembali kepada kebenaran. 11 Ketua Cabang PKR Sabah pun
sudah angkat kaki dan mengisytiharkan sokong BN. Bos-bos PKR di Kota
Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran,
Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna semua dah
mengikrarkan sokongan kepada Dato' Sri Najib dan BN.
Jadi
eloklah membuat persediaan untuk menerima kedatangan Izrail
- jangan salah faham Israel pula! Perbanyakkan
dengar nasyid Selimut Putih.
Dan sebelum Izrail
datang memanggil, dan jasad hang terbujur di pembaringan,
eloklah habiskan masa dengan cucu-cucu tu.
Sentiasa
ingat pesan ALLAH, kullun
nafsil zaa ikatul mawt - tiap jiwa pasti mati. Macam mana
manusia berusaha untuk berawet muda, berapa banyak manusia berusaha
untuk membotoxkan diri, akan datang nanti satu masa satu ketika satu
detik hukum ALLAH pasti berlaku - hang pasti mati!
Dan
pastikan soalan pertama di alam barzakh nanti boleh dijawab -
maarobbukaa -
jawapannya ALLAH Hu Ahad, bukan Allah-Hus-Salis seperti yang dituntut
kristian!
Moga
ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dan semoga
ALLAH menunjukkan kebenaran, dan menganugerahkan kita aqidah dan
keimanan yang benar - ameen!
No comments :
Post a Comment