Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, November 26, 2013

Kalah Naib Presiden PAS: Mahfuz lepas geram di Dewan Rakyat

 
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang,” kata Noh.
Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.



Sumber : BNBC

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.