Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 21, 2013

SPRM Sahkan Siasat Kemasukan Pekerja Asing Tidak Ikut Prosedur

jim_tangkap.jpg 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihak Suruhanjaya ini telah menjalankan siasatan berhubung  isu kemasukan pekerja asing tanpa mengikut prosedur yang betul, sepertimana dakwaan yang dilaporkan di media.

Untuk makluman pihak SPRM telah menjalankan pemerhatian dan Pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak enam (6) bulan lalu.

Pemerhatian dan pemantauan ini dibuat berdasarkan maklumat yang disalurkan sendiri oleh Ketua Pengarah  Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Hj Ahmad.

Maklumat tersebut disalurkan berikutan pihaknya  banyak  menerima aduan mengenai kemasukan pekerja asing tanpa melalui prosedur yang sepatutnya daripada orang awam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen telah memohon bantuan dan kerjasama SPRM  bagi menyiasat perkara ini.

Siasatan telah pun selesai dan sedang dikemaskinikan. Ketua Pengarah Imigresen telahdimaklumkan status siasatan tersebut pada hari ini.

Sehubungan itu, SPRM  ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh  Ketua Pengarah Imgiresen terhadap isu serius ini.

Dalam satu operasi yang di jalankan kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai enam (6) individu telah ditahan. Dua daripadanya merupakan agen pekerja asing warga Indonesia manakala empat lagi adalah pegawai imigresen. Kesemua mereka  bagi membantu siasatan.

SPRM memandang serius kes kemasukan pekerja asing yang tidak mengikut prosedur dan saluran yang betul kerana ia memberi kesan yang besar kepada isu keselamatan negara. 


Sumber : SPRM

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.