Kongres
Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendakwa beberapa keputusan dan dasar
Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim
Guan Eng bersifat diktator serta tidak menguntungkan rakyat.
Presidennya,
Rahmad Isahak berkata, perkara itu boleh dilihat dalam tiga isu yang
timbul selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang mana Guan Eng gagal
memberi penjelasan logik sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
Antaranya,
kata beliau, isu pencerobohan Bukit Relau yang mana sehingga hari ini
rakyat masih tertanya-tanya dalang sebenar kerana aktiviti yang
dilakukan pihak swasta itu seolah-olah diberi lampu hijau oleh
kerajaan negeri.
“Bertambah
pelik, kerja-kerja pembersihan bukit itu turut gagal dikesan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedangkan dapat dilihat dengan jelas
dari Jambatan Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di sini
hari ini.
Menurut
Rahmad, walaupun perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan (ADUN)
Seri Delima, RSN Rayer kepada media beberapa hari selepas pilihan
raya umum lalu, namun tindakan tersebut dilihat sekadar sandiwara
bagi melindungi dalang sebenar.
Tambahnya,
Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak melaksana slogan Cekap,
Akauntabiliti, Telus (CAT) seperti dicanang dalam pentadbiran mereka
kerana sehingga kini gagal menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman
bagi menyiasat perkara berkenaan.
Rahmad
yang juga bekas ahli DAP berkata, sikap diktator yang diamalkan
pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang juga dapat dilihat dalam
tindakan merobohkan menara pemancar di Pulau Betong, Balik Pulau
baru-baru ini.
“Kenapa
menara telekomunikasi berkenaan yang bernilai hampir RM600,000
dirobohkan oleh MPPP ketika cuti umum Hari Deepavali.
“Mereka
bertindak zalim sedangkan menara tersebut telah wujud hampir tujuh
tahun lalu dan mendapat kelulusan bersyarat,” katanya.
Menurutnya,
isu itu melibatkan kepentingan awam kerana penduduk di kawasan
berkenaan yang majoritinya orang Melayu menggunakan kemudahan menara
tersebut sebagai medium komunikasi selain turut digunakan beberapa
jabatan kerajaan.
Paling
mengejutkan, kata beliau, masalah berkenaan sudah dibawa ke
pengetahuan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon pada
30 Oktober lalu yang berjanji akan mencari jalan penyelesaian.
“Walau
bagaimanapun, menara itu tetap dirobohkan sekali gus menunjukkan
Kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak menghormati Mohd. Rashid
sebagai Timbalan Ketua Menteri dan bagi saya ini perbuatan biadab
kerana membelakangkan kuasa pemimpin Melayu,” katanya.
Dalam
pada itu, menurut Rahmad, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga gagal
menguruskan isu syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
Telco milik kerajaan negeri yang bermasalah sehingga terpaksa
berkongsi 40 peratus pegangan saham dengan syarikat lain dari Kuala
Lumpur.
Sehubungan
itu, Rahmad mencabar Guan Eng menjawab secara rasional kesemua
masalah yang dibangkitkan tersebut segera.Pisau
No comments :
Post a Comment