Sebuah
blog bernama ‘PAS
Wajah Baru‘ melancarkan kempen ‘Say No To Nik Amar’ untuk
jawatan Timbalan Presiden PAS.
Nik
Amar yang dimaksudkan itu adalah Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah,
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang bertanding dengan penyandang,
Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk jawatan tersebut.
PAS
Wajah Baru membuat pengakuan bahawa kami akan menyokong Mat Sabu
sebagai Timbalan Presiden PAS kerana kami tak mahu ustaz atau ulamak
menjadi Timbalan Presiden. Cukuplah PAS dikuasi oleh golongan ulamak
tradisional dan ulamak kampung dalam PAS berpuluh tahun.
Biarpun
Mat Sabu dikatakan ada kaitan dengan Syiah, kami tidak peduli. Kami
tahu ada
wesbite http://musafirasing.blogspot.com/2011/04/bakal-presiden-pas-syiah.html yang
memaparkan kertas kerja Mat Sabu di German yang memuja ulamak Iran
dan Syiah, kami tetap akan sokong Mat Sabu.
"Biarpun
Mat Sabu pernah menyebut jangan buang 5 orang parasit dalam PAS, dan
meskipun kami PAS Wajah Baru merasa kecewa, dengan kenyataan Mat Sabu
ini. tetapi kami akan lebih kecewa kalau ulamak terpilih menjadi Tim.
Presiden PAS kali ini,"kempen blog itu.
Blog
itu juga turut berkempen agar Mat Sabu tidak memecat 5 individu
yang dinamakan ‘parasit PAS’ iaitu Datuk Husam Musa, Dr Hatta
Ramli, Khalid Samad, Dr Dzulkifli Ahmad dan Datuk Dr Mujahid
Yosof Rawa.
“NO
to Dato’ Nik Amar, NO to Dato’ Ahmad Yaakub Menteri Besar
Kelantan!.
“Jangan
beri ruang pada Dato Nik Amar yang tidak pernah jadi Naib Presiden
untuk menjadi Timbalan Presiden PAS,”kempen blog itu lagi.
PAS
Terengganu pernah mendedahkan MatSabu pernah menuduh 5 orang pimpinan PAS di atas sebagai
‘parasit.’
“Sekarang
ini pun PAS Wajah Baru sudah berjaya meletakkan hampir semua pimpinan
TOP 5 yang tertinggi dalam PAS adalah bukan ulamak, cuma satu sahaja
lagi jawatan yang masih dipegang oleh ulamak iaitu Dato’ Seri Haji
Hadi. Timbalan Presiden dan Naib Presiden semua bukan ulamak.
“Satu
kejayaan PAS Wajah Baru, ilham dari buku Dato’ Dr Mujahid Yusuf
Rawa yang bertajuk PAS Wajah Baru. Apabila sampai masanya nanti, PAS
Wajah Baru mahu Presiden PAS juga akan dipilih dari bukan ulamak.
“Sebagaimana
kami PAS Wajah Baru telah beri sokongan pada Mat Sabu dalam Pemilihan
Timbalan Presidend Muktamar PAS yang lalu untuk menjatuhkan Ustaz
Nasa (kategori ulamak), maka kami akan kempen terus untuk sokong Mat
Sabu kekal sebagai Timbalan Presiden dan bukannya Tuan Ibrahim Tuan
Man sebagai Timbalan Presiden.
“Adalah
lebih selamat Dato’ Husam kekal sebagai Naib Presiden. Lagi pun
Husam adalah “adik” kepada Mat Sabu dalam perjuangan. Husam pun
pernah berkata dia tidak ada sebab untuk bertanding melawan Mat
Sabu,” kempen blog itu.
Seterusnya
Seterusnya
No comments :
Post a Comment