SHAH ALAM, 12 November – Bekas
Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ), Ahmad Faizal Azhar dihukum penjara 60 tahun dan denda RM1,280,600
kerana membuat tuntutan palsu pembekalan papan tanda dan tong sampah tiga tahun
lalu.
Ahmad Faizal, 41, didapati bersalah
terhadap 15 tuduhan yang dikenakan di bawah
Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Selain hukuman itu, Hakim Mahkamah
Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Asmadi
Hussin juga menetapkan Ahmad Faizal perlu menjalani hukuman penjara
tambahan selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda
RM1,280,600.
Hukuman berjalan serentak mulai hari
ini.
Lima belas tuduhan yang dikenakan ke
atas Ahmad Faizal adalah seperti berikut:
Tuduhan pertama: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM80,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan
mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih ukuran 580(W) X 740 (D) sebanyak 80
unit Zon Bersih JKP 5 bernilai RM16,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda
itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di
pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun Mohd Basar selaku Pengarah
Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No.
2010121350 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 03221
Tuduhan kedua: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan
mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak 6 unit dan papan tanda kecil
sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya
pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada
bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu
inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121353 yang mengandungi inbois
perniagaan RG No. 32863
Tuduhan ketiga: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan
mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak enam unit dan papan tanda kecil
sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya
pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada
bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu
inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121345 yang mengandungi inbois Md
Yazid bin Mian, No.20198
Tuduhan keempat: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM88,800
Ahmad Faizal memalsukan butir matan
mengenai pembekalan papan tanda besar saiz 1.5m x 3m sebanyak 8 unit bagi Zon
Bersih JKP Zon 5 bernilai RM17,760 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda
itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di
pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan
(L.O) MPSJ No 2010121323 yang mengandungi inbois Md Yazid bin Mian no 00891
Tuduhan kelima: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM35,000
Ahmad memalsukan butir matan mengenai
pembekalan papan tanda besar saiz 1.5m x
5m sebanyak 2 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM7,000.00 yang mana
sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut
dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun
melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 010121317 yang mengandungi
inbois Dutamas Media Communications no 23323
Tuduhan keenam: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM 88,800
Ahmad Faizal didapati memalsukan
butir matan mengenai pembekalan papan tanda Informasi Bersih sebanyak 8 unit
bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM17,760.00 yang mana sebenarnya pembekalan
papan tanda informasi itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada
bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun binti Mohd
Basar selaku Pengarah Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan
kerajaan (L.O) MPSJ No 2010121348 yang mengandungi inbois Jafiznah Engineering
Sdn Bhd no 10115.
Tuduhan ketujuh: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM80,000
Ahmad Faizal didapati memalsukan
butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 80 unit bagi
Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM16,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong
sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari
2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan
kerajaan (L.O) MPSJ No 010121330 yang mengandungi inbois Jafiznah Engineering
Sdn Bhd no 51529
Tuduhan kelapan: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan papan tanda
Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X
3’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000.00 yang mana
sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut
dilakukan pada bulan November 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah
Haini Salleh, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Subang
Jaya satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110363 yang mengandungi inbois
Md Yazid Mian @ Naiman no 23812
Tuduhan kesembilan: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan tong sampah Zon
Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang
mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut
dilakukan pada bulan November 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah
Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110361 yang mengandungi inbois
Nusa Ventures Enterprise no 221111
Tuduhan ke-10: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM93,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan papan tanda
Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X
3’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,600.00 yang mana
sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan
Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen
pesanan kerajaan MPSJ no 2011121036 yang mengandungi inbois Perak Hitam
Enterprise no 020772
Tuduhan ke-11: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM62,000
Ahmad faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan papan tanda
Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 4 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X
3’ sebanyak 4 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM12,400.00 yang mana
sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan
pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu
dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121932 yang mengandungi inbois Gubras
Enterprise no 291175
Tuduhan ke-12: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan tong sampah
Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00
yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan
tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan
memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 20111121933
yang mengandungi inbois Perniagaan RG tiada no, bertarikh 16hb Disember 2011
Tuduhan ke-13: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM 97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan papan tanda Informasi Zon Bersih sebanyak 10 unit
bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan
papan tanda Informasi itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada
bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu
dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121009 yang mengandungi inbois Keris Putih
Enterprise no 38323
Tuduhan ke-14: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM93,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5.0’ sebanyak 6
unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1.0’ X 3.0’ sebanyak 6 unit bagi Zon
Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,600.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda
itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di
pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan
MPSJ no 2011121930 yang mengandungi inbois Md Yazid Mian @ Naiman no 23583
Tuduhan ke-15: Hukuman 4 tahun
penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir
matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon
Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong
sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember
2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan
kerajaan MPSJ no 2011121931 yang mengandungi inbois Nusa Ventures Enterprise no
151111.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan
Pendakwa Raya Nor Azah binti Kasran dan Yusliza Yusof manakala tertuduh
diwakili Mohd Shahrullah Khan bin Nawab Zadah Khan. Hakim turut menetapkan wang
jaminan RM50,000 sementara menunggu peguam bela memfailkan rayuan ke peringkat
Mahkamah Tinggi.
Sumber : SPRM
1 comment :
Menurut sumber yang sah...hukuman hanya 4 tahun penjara dan denda rm 1.28m. Bukan 60 tahun. Jika tidak dibayar denda...extra 15 tahun.
Post a Comment