Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, November 22, 2013

ISU PANAS - Pemuda Dedah Kemelut PAS-DAP Pulau Pinang

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/pas-dan-dap-bendera.jpg 

Kemelut yang melanda pakatan pakatan pembangkang di Pulau Pinang seolah-olah berada di kemuncaknya apabila PAS mengakui mereka umpama ‘boneka’ kepada kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mengumpamakan PAS hanya sebagai penumpang sebuah kereta yang dipandu DAP, parti itu mendedahkan pimpinan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang keputusan dalam kerajaan negeri.

Kecewa dengan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, Perwakilan Pemuda PAS dari negeri itu, Mohd Raduan Ramli menggunakan pentas Muktamar Pemuda PAS Pusat sebagai medan bagi menggesa kepimpinan partinya mengambil tindakan susulan mengenai tahaluf siyasi yang dijalinkan kedua-dua parti itu.

“Tiada jalan nak kita kemukakan, tiada medan untuk kita berbincang. Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal minta jawatan tapi soalnya adalah mereka beri kereta kepada kita dan mereka suruh kita jadi penumpang tapi mereka pegang stereng kereta.

“‘Seat’ kereta mereka bagi kita duduk, tapi stereng mereka nak pegang. Mereka nak buat keputusan yang telah dibuat, mereka minta kita akur dengan keputusan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS pada muktamar tahunan ke-54 sayap itu di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Khamis.

Selasa lalu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila memberi kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam.

Selain itu beliau juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Guan Eng melantik lebih ramai pemimpin PAS sebagai ahli majlis negeri.

Tambah Mohd Raduan, beliau berharap pimpinan tertinggi parti itu mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai situasi hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang.

“Kami berdepan dengan situasi ini dan kami harap sahabat serta saudara dalam perjuangan usahlah mudah menaburkan kata-kata tanpa mendapat cerita yang sebenar daripada kami yang berada di Pulau Pinang.

“Ini maruah kita, bukan soal gila kuasa.Pimpinan, tak kiralah Pemuda ataupun Pusat yang nak buat kenyataan mengenai perkara tersebut, dapatkan dahulu maklumat daripada kami yang berada di Pulau Pinang,” katanya.

m-Star
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.