Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, November 25, 2013

AMARAN KEPADA DR. JAMALUDDIN AHMAD

Siapa Dr. Jamaluddin Ahmad?


Siapa Dr. Jamaluddin Ahmad? Lelaki ini mendakwa dirinya ialah pensyarah baharu Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam. Namun berdasarkan maklumat yang diterima, nama ini tidak wujud dalam daftar senarai pensyarah di UiTM khususnya di Fakulti Pendidikan UiTM Kampus Shah Alam.

Justeru secara peribadi, SB lebih suka menggunakan label lelaki palsu sahaja. Baru-baru ini lelaki ini telah mengirim (?) sebuah artikel kepada portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang menyentuh isu pilihan raya kampus (PRK) di UiTM |SINI|. Lelaki ini mendakwa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ berkaitan sistem yang digunapakai oleh pihak HEP universiti tersebut dalam menguruskan pilihan raya kampus.

Dalam artikel tersebut dia mendakwa didatangi seorang pelajar yang ingin bertanding dalam pilihan raya kampus dan meminta bantuannya supaya menyeru para pelajar turun mengundi. Namun pada masa yang sama, lelaki ini juga seolah-olah menyokong kempen boikot PRK yang dilancarkan oleh Khalid Ismath melalui Kelab Sosialis UiTM iaitu sebuah kelab haram yang ditubuhkan sekitar bulan Ogos yang lalu.

Alasan yang digunakan bagi menyokong kempen ini pula hanya berdasarkan pembacaan beliau mengenai kempen tersebut. Sejak seminggu yang lalu, Kelab Sosialis UiTM telah melancarkan pelbagai fitnah ke atas pihak pentadbiran kononnya menyembunyikan tarikh-tarikh penting dalam pilihan raya kampus sekaligus menghalang peluang mereka untuk bertanding secara sihat. Justeru mereka nekad melancarkan kempen boikot PRK UiTM.

Jika benar lelaki ini pensyarah UiTM, dia sepatutnya berusaha mencari kesahihah terhadap kekeliruan ini, bukannya membuat kenyataan secara terbuka yang hanya menzahirkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif terhadap tempat dia mencari sesuap nasi.

Pihak pentadbiran UiTM juga menafikan tuduhan Kelab Sosialis tersebut. Selain menguar-uarkan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya kampus, pihak pentadbiran juga terikat dengan peruntukan-peruntukan perundangan yang sedia termaktub dalam Akta UiTM 174 dan perkara-perkara dasar berkaitan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau lebih dikenali umum sebagai MPP. Justeru amat mustahil sekiranya tarikh-tarikh penting tersebut hendak disembunyikan seperti yang didakwa oleh Kelab Sosialis UiTM pimpinan Khalid Ismath.

Kepada Dr. Jamaluddin Ahmad, ingatlah anda juga terikat kepada perundangan. SB difahamkan pihak pentadbiran UiTM sedang menimbangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil ke atas anda kerana menggunakan identiti palsu dan The Malaysian Insider sendiri yang menyiarkan artikel tersebut.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.