Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, November 22, 2013

Krisis PAS P. Pinang alamat nasib kaum Melayu

Melayu membentuk 54.9 peratus warganegara Malaysia pada Ogos 2013 mengikut unjuran Jabatan Perangkaan. Cina adalah 24.0 peratus daripada jumlah penduduk warga.

Kaum Melayu yang 55 peratus (angka dibulatkan) ini berpecah empat cabang dalam sokongan politik mereka, iaitu:
  • Umno
  • PAS
  • PKR
  • Perkasa, Isma, dll
Kalau Umno mendapat sampai sokongan 60 peratus Melayu nanti pun, ini bermakna Umno mendapat sokongan 32.9 peratus daripada penduduk negara secara keseluruhannya.

Kalau DAP kelak mendapat 95 peratus sokongan Cina, ia bermaksud DAP memperolehi sokongan 22.8 peratus daripada seluruh penduduk Malaysia.

Sokongan Umno yang 33 peratus itu (dibulatkan angka) terbatas kepada golongan Melayu kerana Umno adalah parti khusus satu kaum.

Sokongan DAP yang 23 peratus itu (dibulatkan angka) cukup mantap daripada golongan Cina. Akan tetapi disebabkan DAP adalah parti pelbagai kaum, maka 23 peratus ini masih boleh dikembangkan lagi dengan tambahan sokongan kaum India, kaum Serani Kristian, kaum pribumi Kristian, dsb.

Natijah, jarak di antara Umno 33% (satu pertiga) dan DAP 23% ++ (suku) adalah tidak berapa besar jurangnya.

DAP sebenarnya kuat. Cuba ingat kepada kesan Obama.

Obama2012
Merah, negeri parti Republikan dan biru, negeri parti Demokrat

Beza Umno dan DAP

Umno adalah PPTA – Parti Paling Tidak Apa – manakala DAP adalah parti yang paling agresif dan paling licik.

Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen tetapi BN yang diterajui parti Melayu itu lantang diejek sebagai “kerajaan minoriti”. DAP yang pegang 38 kerusi Parlimen berlagak seolah-olah ia yang berwibawa (memilik moral authority) dan layak memerintah.

Jika dilihat pada gelagat kedua-dua parti tersebut, anda akan silap menyangka bahawa DAP lah yang 88 kerusi dan Umno, 38.

AhJibGor

Sikap orang Melayu, orang Cina berbeza 

 

Orang Melayu cukup teruja melihat Hannah Yeoh pakai tudung dan Ong Kian Ming kenakan songkok.

Orang Cina pula mentertawakan, mempersenda dan menghina Najib Razak tatkala beliau memakai baju Cina sempena Tahun Baru Cina
.
Jika dilihat pada gambar di atas, presiden MCA sendiri Chua Soi Lek pun tidak memakai baju Cina. Presiden Umno sahaja yang melebih.

Apabila Perdana Menteri cuba menyebut beberapa patah perkataan dalam bahasa Cina Mandarin sewaktu di konsert Psy (bintang pop Korea), Najib diperli orang Cina — kenapa beliau tidak bercakap dalam bahasa Cina Hokkien yang merupakan loghat lumrah Pulau Pinang.

Namun apabila politikus DAP cuba menyebut sekerat dua ayat Al-Quran dalam bahasa Arab, orang Melayu memuji melangit seolah-olah evangelis Jerusubang sudah mendapat hidayah dan akan memeluk Islam pada keesokan hari.

PenangFlag
ATAS: Lukisan Pulau Pinang dijajah British

Kenapa Melayu lemah di P. Pinang? 

 

Negeri yang paling ramai penganut Kristian di Malaysia ialah Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang.

Mengikut banci penduduk tahun 2010, Pulau Pinang mempunyai sejumlah 636,146 orang penduduk Melayu dan 670,400 orang penduduk Cina. Yang keturunan India pun agak ramai, iaitu sebanyak 153,472 orang.

Ini bermakna, Melayu adalah 40.7%, Cina 42.9% dan India 9.83% daripada penduduk Pulau Pinang. Sebenarnya Melayu tidak berapa jauh ketinggalan berbanding Cina dari segi peratusan di Pulau Pinang.

Jadi kalau jumlah Melayu dan Cina lebih kurang sahaja (41% lwn 43%) mengapa Cina boleh kuat dan Melayu lemah longlai? Adakah ia kerana sifat Evangelista Bintang Tiga yang ada pada DAP?

double face
DAP 3.0 talam dua muka

Taksub dan maksum: Perbandingan sikap

 

Orang Melayu tidak taksub kepada Umno. Sebaliknya ramai juga yang memperlekehkan presiden Umno dan lebih ramai lagi yang benci pada ketua Pemuda Umno.

Pemimpin Umno boleh dikritik oleh pengikut-pengikut mereka sendiri.

Orang Cina tidak begitu. Mereka menganggap pemimpin evangelis DAP mereka itu maksum.

Pemimpin DAP tidak dibenarkan pengikut-pengikut mereka untuk dikritik oleh sesiapa mahupun selalu berputar alam. Mana-mana orang yang cuba mengkritik Lim Guan Eng atau Hannah Yeoh akan diserang habis-habisan oleh gerombolan pemuja mereka yang fanatik tahap gaban.

Ciri ‘personality cult’ yang merbahaya sedang menyelubungi dan mencengkam DAP.

SallehManMansorOthman

Tokong in total control

 

Cuba anda lihat pada perjalanan dua sidang akhbar yang membabitkan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan pengerusi PKR Pulau Pinang. (Butir-butir boleh dibaca dalam posting awal pagi blog ini.)

Sidang akhbar yang melibatkan Salleh Man berlangsung 10 minit sahaja dan sidang akhbar yang melibatkan Mansor Othman pula hanya sekadar 15 minit. Kedua-dua mereka dikerah untuk membaca kenyataan akhbar yang ringkas menafi tuduhan.

Salleh dan Mansor tidak diberi peluang untuk membalas soalan wartawan. Guan Eng yang berada in total control. Nyata sekali bahawa Salleh dan Mansor hanya boneka dan Guan Eng ialah dalang.

Guan Eng seorang control freak yang berusaha mengawal ketat apa-apa sumber pengaruh. Sebab itulah dia meletakkan diri sebagai pengerusi banyak badan-badan separa kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan di negerinya.


comfortinglies

 

Tidak boleh dibawa berbicara lagi

 

Sifat Guan Eng ini juga mendorong kepada program cuci otak yang dibuat terhadap masyarakat Cina.

Pembersihan otak oleh DAP begitu cekap dan berkesan sehingga orang Cina sekarang ini akan menelan bulat-bulat segala pembohongan, dakwaan yang tidak masuk akal beserta tuduhan palsu yang dilontarkan parti kesayangan mereka ke atas lawan atau pengkritik.

Permainan politik DAP adalah saban hari menghasut dan memfitnah. Justeru itu, politik benci DAP yang sudah sebati dengan jiwa penyokong parti itu menjadikan ianya mustahil bagi Dapster untuk diajak duduk berbincang.

DAP kuat sebab sokongan Cina baginya terlampau kuat. PAS lemah sebab sudah terpesong daripada perjuangan partinya dan hilang arah.

Layanan yang diterima PAS Pulau Pinang adalah petanda aras kepada tekad dan kemampuan DAP bagi kita semua mengambil iktibar alamatnya.

Credit : Helen Ang


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.