Dah
terlalu banyak diperkatakan tentang Lawatan
Rosmah ke Qatar baru
baru ini,baik dari penggiat media pro-kerajaan apatahlagi yang
pro-pakatan.Macam macam hujah dan macam macam fakta yang mereka
bentangkan untuk
MENGHARAMKAN
penggunaan
Jet
Kerajaan Malaysia
oleh Rosmah untuk lawatan itu,jadi aku tak mau nak ulas bab itu sebab
semua dah diulas oleh semua Profesor
Serba Tahu dari
kedua belah pihak (kerajaan
dan pembangkang) yang
kerja mereka sejak azali lagi hanya untuk memerhati gerak geri Rosmah
dan mencari KESALAHAN.
Pendekata,hidup mereka tidak akan aman dan tenteram kalau tak dapat cari kesalahan Rosmah.
Mungkin kita semua dah lupa yang strategi yang sama menyerang dan mencari kesalahan Rosmah dilakukan bertahun tahun sebelum PRU13.Segala galanya dalam poilitik negara seolah olah berkisar dan berputar diatas PAKSI ROSMAH,sehinggakan orang Umno penyokong kerajaan sendiri turut mempercayai yang FAKTOR ROSMAH bakal meruntuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan melenyapkan Umno.
Tapi bila keputusan PRU13 diketahui umum Mei lalu dan Pakatan Rakyat gagal merampas dan menumbangkan Kerajaan BN...tiba tiba nama ROSMAH MANSOR saperti dilupakan langsung.Tiada satu pun ANALISA/POST MOTERM yang dilakukan baik oleh pihak BN atau PR yang menyebut ROSMAH MANSOR ada memainkan apa apa peranan dalam pola pengundian dan keputusan PRU13 yang lalu..
Adehhhhh....
Untuk beberapa ketika (Mei hingga Oktober) tiada siapa yang ambil peduli apa yang Rosmah Mansor lakukan,seolah olah Malaysia telah/ingin melupakan Rosmah Mansor for good.
Tiba tiba hari ini semua "pemain kompang" kembali terpekik terlolong mengulang irama lama kompang yang pernah mereka palukan bertahun tahun tentang Rosmah.Tak cukup dengan mereka,sahabat sahabat satu kem penyokong kerajaan turut syok sendiri tumpang sekaki ntah atas motif apa pun aku tak pasti.
Kalau Pembangkang tu aku fahamlah dah memang "kerjaya" mereka membangkang apa saja yang melibatkan kerajaan.Yang aku tak faham kita pun duk syok tumpang sekaki nak ulang "kebodohan" yang sama 4 tahun lalu kerna "dibodohkan" untuk 4 tahun yang mendatang membicarakan dan mencari KESALAHAN ROSMAH MANSUR.Cucu aku kata.."Atok kalau kita buat perkara yang sama yang pernah kita lakukan sebelum ini,kita hampir pasti akan dapat keputusan yang sama.."
Itu cucu aku kata...
Jadi untuk KORANG tidak membuang masa berdebat ISU ROSMAH layak atau tak layak,membazir atau tidak membazir,baik di Parlimen atau di maya....apakata....,
KORANG
SURUH JE ROSMAH MANSOR NAIK PROTON PERDANA EKSEKUTIF IKUT JALAN DARAT
PERGI KE-QATAR ATAU KEMANA MANA SAJA PUN SELEPAS INI.
Tak perlu ambil kira status dia sebagai ISTERI PERDANA MENTERI kita...
Tak perlu ambil kira status KESELAMATAN isteri seorang Perdana Menteri
Sebab
Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri
"tiada
nilai wang"
jika nak dibandingkan pelancung Taiwan
yang diculik oleh Kumpulan
Abu Sayaf baru baru
ini untuk mendedahkan dirinya dari diculik kumpulan ini mahupun
kumpulan lain baik yang local mahupun antarabangsa.
Malaysia yang kuat berpegang kepada Agama Islam memang tiada musuh dikalangan pihak YAHUDI atau musuh lain diseluruh dunia untuk memungkinkan "penerbangan komersil" yang ramai sarankan Rosmah gunakan demi penjimatan di HIJACK oleh anasir ini untuk apa tujuan sekali pun.
Malaysia yang kuat berpegang kepada Agama Islam memang tiada musuh dikalangan pihak YAHUDI atau musuh lain diseluruh dunia untuk memungkinkan "penerbangan komersil" yang ramai sarankan Rosmah gunakan demi penjimatan di HIJACK oleh anasir ini untuk apa tujuan sekali pun.
Dah alang alang korang rasa tak perlu isteri Perdana Menteri kita jaga imej dan status suami serta Kerajaan Malaysia dan keselamatan dirinya sendiri,suruh je Rosmah Mansur ikut jalan darat bila dia perlu menghadirkan diri untuk apa jua UNDANGAN KERAJAAN LUAR NEGARA.
Baru korang puas hati kot...???
P/S : Toksah duk kalut lah nak banding Rosmah dengan isteri isteri PM sebelum ini!Dah dia suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial kemasyarakatan..biaqpi la dia.Isteri korang semua sama ke perangai dengan isteri isteri jiran sebelah rumah korang atau isteri isteri sahabat korang?
No comments :
Post a Comment