Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 24, 2013

Pulau Pinang Naikkan Surcaj Pemuliharaan Air#Guan Eng Mula Tunjuk Taring!!!



Jika dulu dalam manifesto PR menjanjikan air percuma akan diberikan disetiap negeri pentadbirannya, malangnya ia hanyalah satu permainan sandiwara politik PR sahaja.

Kononnya merialisasikan dan memperdagangkan negeri Selangor sebagai contoh janji2 manis PR yang akan berjaya dilaksanakan demi mempengaruhi minda orang ramai agar menyokong mereka.

Tetapi kali ini Guan Eng dah membuat persediaan bagi masalah yang dijanjikan kepada rakyat demi keuntungan wang ringgit yang berlipat ganda bagi menambahkan lagi pendapatan keuntungan mereka.

Sudah pasti ada muslihat disebalik janji2 manis yang ditaburkan, dah dikhabarkan dulu bukan semudah bercakap saja. Semestinya keuntungan akan diambil kira dahulu..!!!

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 September ini.

Pengurus Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan. 

"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi di negeri ini dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan, bagaimanapun Pulau Pinang sebuah negeri yang kekurangan air dan kita perlu fikirkan masa hadapan. 

"Kedah juga telah memberi amaran untuk mengenakan bayaran air mentah dan kerajaan persekutuan belum memulakan kerja Projek Bekalan Air (Mentah) Sungai Perak, oleh itu kita perlu memulihara air dari sekarang untuk memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi menjelang 2020," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. 

Beliau berkata, PBAPP sudah tidak mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 302 l/k/h sehingga 30 Jun 2013 berbanding hanya 294 l/k/h pada 2012. 

Katanya berdasarkan Malaysia Water Industry Guide 2012, purata penggunaan kebangsaan di Malaysia adalah 210 l/k/h. 

Jaseni berkata unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air penting di Pulau Pinang tahun ini adalah sebanyak RM99.9 juta. 

Menurut beliau, peningkatan WCS tidak memberi kesan kepada 72 peratus pengguna air domestik kerana penggunaan mereka kurang daripada 35,000 liter sebulan. 

"Majoriti pengguna air di Pulau Pinang tidak akan dikenakan WCS jika bil air setiap bulan adalah kurang daripada RM21.40, WCS hanya memberi kesan kepada pengguna domestik yang menggunakan air secara berlebihan. 

"Oleh itu kita memerlukan kerjasama dan pembabitkan setiap orang untuk menjimatkan air di rumah, kita mahu rakyat negeri ini sedar bahawa air adalah sumber ternilai dan perlu digunakan dengan lebih bijak, objektif utama adalah untuk memulihara air," katanya. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.