Menteri
Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa kenyataan
Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham melalui laman Tweeternya berhubung
petisyen pilihanraya yang ditolak mahkamah adalah berbaur hasutan.
Koo
Ham dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan
berbunyi “Courts the place to hear election griverences, if they
refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go
to the streets.”
(Mahkamah
tempat mendengar aduan pilihanraya, jika mereka enggan mendengar,
mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan
raya)
Zambry
berkata kenyataan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab serta
tidak memikirkan tentang proses keadilan dan demokrasi.
“Penghakiman
yang dibuat bukan hanya melibatkan mereka(pembangkang) sahaja. Malah
ada petisyen bgi kawasan-kawasan yang melibatkan Barisan Nasional
juga ditolak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.
Katanya
kenyataan itu juga boleh mengganggu keamanaan negara.
“Saya
mengangggap kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang cukup
seditious (menghasut). Ia kenyataan amat berbahaya,” katanya.
“Saya
tidak mahu melihat perkara ini sebagai permainan berterusan untuk
mewujudkan suasana yang tidak stabil di negeri ini,” tambahnya.
Mahkamah
Pilihanraya sebelum ini menolak beberapa petisyen pilihanraya yang
difailkan oleh pembangkang di negeri ini antaranya melibatkan Dewan
Undangan Negeru (DUN) Manong, Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau,
Rungkup dan Selama berikutan pihak pempetisyen gagal mematuhi
Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954 - BERNAMA
Kenyataan
macam tu mesti AG kata tak menghasut…tak menghina mahkamah kan?
Abiss….nak
tangkap siapa? Tangkap Zambri?
Akai
Ada Kaaa???
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment