Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, August 13, 2013

Hutang S'pore Kritikal: Sudah Tiba Masanya Kuan Yew Pakai Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi

1. Lee Kuan Yew nampaknya cuba mencampuri hal Malaysia melalui buku terbarunya dimana mungkin ramai pembaca yang sudah maklum tentang perkara ini.

2. Daripada Kuan Yew sibuk pasal hal Malaysia, lebih baik dia risaukan pasal hutang negara Singapura yang kini mencecah 111.4% GDP negara tersebut.



3. Anwar Ibrahim selalu temberang pengikutnya bahawa Malaysia semakin muflis di bawah BN kerana hutang negara baru mencecah 53.5% GDP. Kalau lebih 50% pun Pak Anwar Ibrahim sudah bilang negara ini MUFLIS, bagaimana pula dengan Singapura yang dah mencecah 110% GDP? Mungkin layak digelar BAPAK KEPADA BAPAK MUFLIS!




4. Kalau di negara Kota Singa sudah kekurangan pakar ekonomi, eloklah Lee Kuan Yew membuang egonya lalu suruh anaknya lantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Singapura. Jangan tak tau betapa hebat Pak Anwar dalam bidang ekonomi sampai BANK DUNIA pun nak lantik dia jadi penasihat.




5. Kalau dah lantik Anwar Ibrahim, jangan lupa bawak Rafizi Ramli sekali. Nanti diorang boleh buat PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGARA SINGAPURA sebagaimana yang mereka pernah buat di Selangor.

*KEPAKARAN ANWAR IBRAHIM? Pakar la sangat.....




Sumber : MyMassa


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.