Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, August 27, 2013

BUKTI LIM GUAN ENG BACUL !!!


Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membelakangkan perlembagaan parti apabila tergesa-gesa menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan beliau takut musuh-musuh politiknya mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkannya.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ini kerana sebagai pemimpin, Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.

Menurut Ramanan, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang ‘memapah’ beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik Ahli Parlimen Bagan berkenaan.

Namun begitu, dalam keadaan Guan Eng tidak berpengaruh dalam kalangan ahli DAP kini, dia boleh juga meneruskan lakonannya di hadapan rakyat negara ini. Mungkin selepas ini jika Guan Eng kalah, dia boleh bekerja dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise di Amerika Syarikat.

Kini Guan Eng hanya berlindung di Pulau Pinang. Dia takut memberi ahli DAP hak mereka untuk terlibat dalam pemilihan yang adil dan bebas seperti termaktub dalam Klausa 8 Artikel 13 Perlembagaan DAP," katanya di sini hari ini.

Menurut Ramanan, dalam perlembagaan itu jelas menyebut bahawa semua ahli yang menang di cawangan boleh bertanding di posisi CEC dalam pemilihan parti, namun Guan Eng membelakangkan fakta tersebut.

Walau bagaimanapun katanya, tindakan tidak membenarkan pemimpin DAP lain seperti Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass; Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan dan bekas ADUN Teratai, Jenice Lee bertanding pada CEC jelas bertentangan dengan perlembagaan tersebut.

Tegasnya, perkara itu serius memandangkan kesemua pemimpin DAP itu juga mempunyai hak untuk bertanding berikutan kesediaan beberapa cawangan mencalonkan mereka untuk CEC kali ini.

Ironinya, setelah bertahun-tahun menabur penipuan bahawa kononnya Barisan Nasional (BN) tidak adil sambil melaungkan DAP sebagai parti paling demokratik, hari ini ramai ahli sudah sedar siapa Guan Eng sebenarnya.

Dinasti Lim ingat mereka boleh mempergunakan ahli-ahli dengan menggunakan kaedah pecah dan perintah, namun hakikatnya pengaruh dinasti ini tidak sebesar mana. 

Mereka tidak mempunyai aura kepimpinan seperti yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.