Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 25, 2013

Waytha Moorthy digesa sertai Gangster India 04 dan letak jawatan dalam kerajaan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini ‘menasihatkan’ bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan jika kenyataan mereka masih bersifat NGO.

Katanya, pihak terbabit sepatutnya menyokong tindakan kerajaan memerangi jenayah yang semakin berleluasa dan bukan mencari salah terhadap tindakan yang dilakukan pihak penguatkuasa.

“Pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO," katanya ketika merasmikan "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan" di sini hari ini.

Gesaan itu dibuat apabila seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai kes tembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ahmad Zahid menegaskan, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Sambil meminta kerjasama ramai dalam usaha memerangi jenayah, Zahid menjelaskankerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah yang menggugat keamanan negara.

"Kita kena 'buta warna' untuk memerangi jenayah sebab penjenyah sendiri buta warna mengenai mangsa atau sasaran mereka.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy, yang juga bekas pemimpin Hindraf sebelum ini dilaporkan media bahawa beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mereka ditembak pada jarak dekat.

Berikutan itu, Zahid menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media.

Sementara itu, Waytha Moorthy semalam dilaporkan berkata, beliau tidak berhasrat campur tangan dengan kerja-kerja polis apabila mengkritik tindakan tembak mati lima suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Menjadi pemimpin golongan India yang terpinggir di negara ini, saya tidak boleh hanya menjadi pemerhati tidak berpihak di luar hanya kerana saya berada dalam kerajaan," kata Watya.

Dalam kejadian itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang.

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.