Tiada
di kalangan orang awam di negara ini yang tidak gembira dan menarik
nafas lega apabila polis memulakan Operasi Cantas secara rasmi
bermula tengah malam tadi dan hari pertama Ops Cantas ‘diserikan’
dengan terbunuhnya lima orang penjenayah dari Geng 04 di Pulau Pinang
dalam satu kejadian tembak-menembak dengan polis awal subuh tadi.
Namun,
di sebalik kelegaan dan kegembiraan orang ramai, rupa-rupanya ada
yang tidak senang hati dengan peperangan yang dilancarkan oleh pihak
polis terhadap kumpulan penjenayah. Mereka adalah pimpinan DAP dan
konco-konco penjenayah mereka.
Awal
pagi lagi, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng telah
mempersoalkan cop gangster yang diberikan oleh polis kepada
kelima-lima orang lelaki India yang ditembak mati di sebuah apartment
di Pulau Pinang itu. Kemudian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula
muncul dengan idea yang pastinya akan membuatkan para penggemarnya
mendabik dada dan memuji-muja kebijaksanaannya.
Lim
Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan
berbincang dengan PDRM untuk memetakan lokasi-lokasi penjenayah dan
diletakkan di tempat-tempat awam sebagai peringatan kepada orang
awam. Sekali dengar, murni benar hasrat tersebut tetapi sebenarnya
menyerlahkan sifat sebenar Lim Guan Eng dan DAP yang amat bimbang
sekiranya operasi penghapusan jenayah turut melibatkan
kawasan-kawasan yang sememangnya sarang penjenayah di Pulau Pinang
yang mempunyai kaitan dengan DAP.
Menjelang
petang, DAP menerusi ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer berjaya menghasut
ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 yang mati dalam kejadian
tembak-menembak dengan pasukan polis untuk membuat laporan polis
dalam cubaan menyalahkan operasi penghapusan dan pencegahan itu.
DAP
sentiasa terlibat dalam sebarang usaha menggagalkan usaha PDRM
mencegah dan memerangi jenayah. Sekalipun pada masa yang sama, mereka
mendabik dada konon-kononnya merekalah parti yang memperjuangkan
keamanan, hakikat yang ditunjukkan oleh parti tersebut, tidak ubah
seperti Parti Likud di negara haram Zionis Israel yang amat menyokong
pembunuhan rakyat Arab Palestin dan membela setiap penjenayah Zionis.
Dengan
kekuatan barisan peguam yang terkemuka namanya dalam DAP, parti itu
sudah tentu sedang memujuk ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 untuk
memulakan prosiding mendapatkan pampasan ratusan juta ringgit
daripada Kerajaan Malaysia dan PDRM sepertimana yang mereka pernah
lakukan sebelum ini. Dan akhirnya setelah mempertimbangkan permintaan
dan desakan tersebut, mahkamah mengarahkan Kerajaan Malaysia dan PDRM
membayar ganti rugi, pampasan atau saguhati kepada ahli-ahli keluarga
penjenayah itu.
Sekaligus
masyarakat melihat dan membuat tanggapan, mahkamah serta sistem
perundangan di negara ini bersekongkol dan membela penjenayah hanya
semata-mata kerana takut dikecam oleh Pakatan Rakyat kononnya sistem
keadilan di negara ini tidak adil dan terlalu menyebelahi pihak
polis.
Sudah
ramai yang menjangkakan, DAP sedang menyusun gerak dan melakukan
perancangan rapi untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan tribunal
atau suruhanjaya bagi menyiasat pembunuhan kelima-lima anggota
kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan sindiket pembunuh upahan
itu. DAP akan mengaitkan kes berkenaan dengan IPCMC yang sebelum ini
ditolak oleh PDRM. DAP akan menjadikan kes tersebut sebagai salah
laku dan salah guna kuasa serta senjata oleh polis.
Sokongan
serta bantuan daripada PKR dan PAS, akan memudahkan kerja DAP. DAP
hanya perlu menumpukan perhatian kepada masyarakat Cina dan India
yang nampaknya sekarang ini sangat menyokong mereka, manakala PAS dan
PKR cuba meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat Melayu
dan Bumiputera agar menentang dan mengurangkan kuasa pihak polis
dengan pelbagai alasan termasuklah alasan agama.
Kiat
hanya perlu perkembangan selanjutnya dalam masa yang singkat. Yang
pasti, DAP tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk meraih
sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat India, terutama sekali
menjelang pemilihan CEC yang bakal mengenepikan sekali lagi
penyokong-penyokong India mereka bagi melangsungkan survival KETUANAN
CINA dalam DAP.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment