Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 18, 2013

Pemilik resort surau jadi tokong kini bukan pemastautin tetap Malaysia lagi.



Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR) pengurus sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi kerana membenarkan penganut Buddha menggunakan surau di resort itu, berkuat kuasa serta merta.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengurus terbabit sudah dimaklumkan mengenainya ketika beliau ditahan di dalam lokap, baru baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Pengasih Malaysia di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini,penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar di sini, gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar petang semalam.

Ahmad Tarmizi Adnan, 45, bersama 10 ahli keluarganya yang berkunjung ke resort itu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri terkejut sebaik sahaja tiba di bangunan tersebut selepas terdengar suara orang seperti sedang membaca mentera berserta bunyi loceng.

Apabila saya tinjau, sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian serba putih kelihatan sedang membuat upacara sembahyang yang diketuai seorang sami.

Saya terus merakam upacara itu menggunakan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili,” kata peniaga yang berasal dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.