Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 30, 2013

Sin Chew Daily : Ahli Politik Didakwa Naungi Kongsi Gelap

AIDCNews – 29/08/13 – akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily mendakwa sebilangan ahli politik ternama telah menaungi beberapa kongsi gelap dan ada di kalangan mereka turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar tersebut yang turut dipetik Malaysiakini menyebut, ini merupakan kali pertama kerajaan bertindak tegas melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gangster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Abdul Rahim Hanafi 
                                       
Gangster India pula agresif dalam menjadi penembak upahan selain terlibat memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub.

Manakala gangster Melayu pula aktif memungut wang ‘menjaga’ tapak pembinaan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan Bernama hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)
- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)
- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
- Gee Ah Eng
- Loh Kuan
- Tiang Yee Tong
- Geng 21
- Ang Soon Thong
- Wah Kee
- Sio Sam Ong
- PNEH
- Hong Hong San
- Hai San
- Sin Ang Bin
- New Cell 20
- Jit It Hai
- Sio Koon Tong
- Gee Lam Kor
- Geng Leng Hor
- Geng 35
- Geng 303
- Geng Satu Hati
SABAH:
- Sabah ATAP
- Hung Ann
- Sui Yuk
- Otai
- Borneo Red EMP
DI SARAWAK:
- Sarawak Ah Ngau
- Batu Tiga
- Ah Feng
- Batu 10
- Sibu T
- Ah Seng
- Ah Chin
- Lee Lung
- Lo Han
- Sg Merah
- Sg Badut
- Ting Ching Lee
- Tua Cak Lee
- Teksi Station
- Pintu Merah
- Krokop
Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. 

Baca seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.